Saya baru selesai mengikut kursus PTK5 di INTAN Bukit Kiara. Kursus ini bermula pada 12 Mei 2010 dan tamat pada 20 Mei 2010. Dua hari pertama, kami diberi ceramah/kuliah berkaitan pengurusan iaitu Teknik dan Taktik Perundingan, Pengurusan Strategik, Organisasi Cemerlang, Kepimpinan, Integriti dan Pengurusan Kewangan. Hari ketiga membuat persembahan pengurusan kerja/SKT. Hari keempat pula kena sampaikan Perucapan Awam (Public Speaking). cakap orang putihlah. Hari kelima diberi tayangan video, ucapan KSN bertajuk 'Connected Government'. Lepas ini kena buat pulak kertas renungan berkaitan ucapan tersebut. Kena beri komen, analisa, pendapat dan lain-lain lagi. Lepas itu ada pula persembahan berkumpulan. Persembahan Kumpulan ada dua bahagian. Bahagian pertama tajuk berkisar generik/umum dan bahagian kedua pula berkaitan fungsional. Kumpulan saya mempersembahkan 'Isu dan Masalah Ummah' dan 'Jurang Digital'. Rasa tertekan juga. Hari Akhir pula ada Ujian berkaitan kuliah yang diberi pada dua hari pertama. Soalannya bukan direct dari lecture. Kena perah otak juge. Kena guna pelbagai tool. Dah habis exam, guna buat Kertas Renungan dan kena hantar dalam seminggu. Ada satu lagi kertas fungsional individu, kena hantar sebelum 3 Jun 2010. Walau bagaimana pun itu adalah satu cara kerajaan untuk memastikan pegawai nya kompiten. PTK5 ini juga banyak juga memberi saya ilmu. Mudah-mudahan PTK5 saya ini mencapai kejayaan, AMIN.
Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman. Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...
Comments