Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku. Kes 1 : 29 April 2009, Utusan Malaysia - Gadis lari rumah dirayu pulang Nurbahar Mohd. Hashim SHAH ALAM 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya. Bapa saudaranya, Abdul Mubin Akol Ali berkata, seorang jiran melihat Nurbahar keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, Klang kira-kira pukul 7 petang pada 20 April lalu dengan membawa sebuah beg pakaian. Kes 2 : 13/6/2010 MyMetro - 10 kali lari dari rumah NUR FATIHAH... dicari JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini ...