Pada Januari 2004, aku telah dipilih untuk menyertai lawatan kerja ke negara India dibawah projek MDC dalam melaksanakan projek eGovernment. Kami ke India untuk melawat dan mempelajari projek eServe yang dilaksanakan oleh kerajaan India. Projek ini berjaya memberi perkhidmatan berbagai saluran perkhidmatan yang memudahkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan. Projek ini dibangun dan dikendalikan oleh Syarikat Satyam. Selain lawatan ke pusat-pusat eServe, pejabat kerajaan dan pejabat Satyam, kami juga dibawa melawat tempat-tempat yang selalu dilawati oleh pelancong ke India dalam usaha memperkenalkan Negara India kepada kami. AGRA - TAJ MAHAL Taj Mahal merupakan makam marmar putih yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India. Ia dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sebagai ingatan kepada isteri ketiganya, Mumtaz Mahal. Taj Mahal juga dikenali sebagai permata seni Islam di India dan merupakan salah satu daripada warisan yang dikagumi di dunia . P...