Pada Januari 2004, aku telah dipilih untuk menyertai lawatan kerja ke negara India dibawah projek MDC dalam melaksanakan projek eGovernment. Kami ke India untuk melawat dan mempelajari projek eServe yang dilaksanakan oleh kerajaan India. Projek ini berjaya memberi perkhidmatan berbagai saluran perkhidmatan yang memudahkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan. Projek ini dibangun dan dikendalikan oleh Syarikat Satyam.
Selain lawatan ke pusat-pusat eServe, pejabat kerajaan dan pejabat Satyam, kami juga dibawa melawat tempat-tempat yang selalu dilawati oleh pelancong ke India dalam usaha memperkenalkan Negara India kepada kami.
AGRA - TAJ MAHAL
Taj Mahal merupakan makam marmar putih yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India. Ia dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sebagai ingatan kepada isteri ketiganya, Mumtaz Mahal.
Taj Mahal juga dikenali sebagai permata seni Islam di India dan merupakan salah satu daripada warisan yang dikagumi di dunia. Pada tahun 1983, Taj Mahal menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
HYDERABAD - SATYAM TECHNOLOGY CENTRE (STC)
Lawatan ke Pusat Teknologi Satyam di Hyderabad.
HYDERABAD - GOLCONDA LIGHT AND SOUND SHOW
Golcoda pada asalnya sebuah kubu lumpur dibina oleh Raja-raja Kakatiya Warangal pada abad ke-13, Golconda menjadi terkenal di bawah dinasti Qutub Shahi (1518-1687). Ia merupakan salah satu kubu yang terkenal di India.
Salah satu perkara yang paling menarik Kubu Golconda adalah sistem akustik. Bunyi hasil bertepuk tangan di pintu masuk boleh didengar dengan jelas di 'Bala Hissar', titik tertinggi, satu kilometer jauhnya. Dengan persembahan bunyi dan cahaya yang mempesonakan di malam hari menambahkan lagi daya tarikan di sini.
HYDERABAD - RAMOJI FILM CITY
Ramoji Film City merupakan satu komplek studio terbesar di dunia. Ramoji Film City adalah satu kawasan juta impian, kemudahan perbikinan filem yang komprehensif dan bertaraf dunia.
Oh! India.
Sekian.
LINK
Comments