Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ho Chi Minh

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE 05- 09 Julai 2024 - Hari Kelima (Terakhir)

HARI KELIMA 09-07-2024 SARAPAN Hari ini merupakan hari kelima dan hari terakhir di bumi Vietnam. Kami akan berangkat ke Airport Ho Chi Minh jam 9.00 pagi untuk menaiki flight pada jam 1.25pm. Sebelum itu, kami mengisi perut dahulu, sarapan di Restoran Hajah Hawa. AIRPORT TAN SON NHAT Selepas sarapan, kami dibawa ke airport. Terima kasih kepada Local Tour Guide kami, En Rashid serta pemandunya kerana memberi komitmen yang baik. DALAM FLIGHT Penerbangan sepatutnya pada jam 1.25 pm tetapi telah delay selama 40 minit. Penerbangan ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 2 jam 5 minit. KLIA2 Kami selamat mendarat di KLIA2 dan pulang ke tanah air, Malaysia tercinta. Tamat Percutian, semoga diberi rezeki kesihatan yang baik dan dapat melancong lagi. Insya Allh. VIDEO Video hari kelima : ITINERARI Hari 01 > KLIA - HCM - Dalat Hari 02 > Dalat Hari 03 > Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh Hari 04 > Ho Chi Minh Hari 05 >Ho Chi M...

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE 05- 09 Julai 2024 - Hari Keempat

 HARI KEEMPAT 08-07-2024 HO CHI MINH Ho Chi Minh turut dikenali sebagai Saigon merupakan bandar paling sibuk di Vietnam dengan populasi terkini 9.3 juta orang. Ho Chi Minh, bandar berusia 400 tahun ini terletak di tenggara Vietnam tepatnya di Sungai Saigon. Bandar ini terkenal sebagai destinasi pelancongan untuk shopping terutama bagi pelancong dari Malaysia. Ia juga terkenal dengan foodhunting kerana di bandar ini terdapat banyak restoran halal yang dimiliki  oleh pemilik Muslim terutama di Malaysia Street. RESTORAN MUSA KARIM Pukul 7.00 pagi kami telah bersedia untuk memulakan aktiviti hari ini. Hari ini  kami akan pergi melawat My Tho, Delta Mekong yang terkenal dengan aktiviti menaiki sampan. Hari ini kami bersarapan makan nasi lemak dengan ayam goreng di Restoran Musa Karim.  Setelah sarapan, kami bergerak menuju My Tho, Delta Mekong. Perjalanan ke My Tho mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak sejauh kira-kira 74 km dari bandar Ho Chi Minh. Menikm...