HARI KEEMPAT 08-07-2024
HO CHI MINH
Ho Chi Minh turut dikenali sebagai Saigon merupakan bandar paling sibuk di Vietnam dengan populasi terkini 9.3 juta orang. Ho Chi Minh, bandar berusia 400 tahun ini terletak di tenggara Vietnam tepatnya di Sungai Saigon. Bandar ini terkenal sebagai destinasi pelancongan untuk shopping terutama bagi pelancong dari Malaysia. Ia juga terkenal dengan foodhunting kerana di bandar ini terdapat banyak restoran halal yang dimiliki oleh pemilik Muslim terutama di Malaysia Street.
RESTORAN MUSA KARIM
Pukul 7.00 pagi kami telah bersedia untuk memulakan aktiviti hari ini. Hari ini kami akan pergi melawat My Tho, Delta Mekong yang terkenal dengan aktiviti menaiki sampan.
Hari ini kami bersarapan makan nasi lemak dengan ayam goreng di Restoran Musa Karim.
Setelah sarapan, kami bergerak menuju My Tho, Delta Mekong. Perjalanan ke My Tho mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak sejauh kira-kira 74 km dari bandar Ho Chi Minh. Menikmati pemandangan dan sawah padi yang menghijau sepanjang perjalanan.
MY THO, DELTA MEKONG
My Tho ialah sebuah bandar di wilayah Tien Giang di wilayah Delta Mekong di Vietnam Selatan. Menaiki bot merupakan aktiviti popular kalangan pelancong di Sungai My Tho. Mỹ Tho terkenal dengan terusan yang tidak berkesudahan dengan pokok kelapa dan kebun buah-buahan. My Tho telah menjadi salah satu destinasi lawatan sehari yang paling digemari untuk pengalaman kehidupan di kawasan sungai.
TEMPAT SHOPPING PERTAMA
Sebelum kami sampai ke jeti untuk menaiki bot ke pulau, kami singgah di sebuah kedai di bandar My Tho yang menjual kain, baju, T-shirt, beg dan jubah. Tempat ini merupakan tempat shopping pertama kami hari ini dan merupakan salah satu tempat singgahan untuk shopping kebanyakan pakej pelancongan.
BOT KE PULAU
Di kawasan Delta Mekong terdapat beberapa pulau kecil yang sering dilawati pelancong seperti Pulau u Unicorn, Pulau Tortoise (Penyu), Pulau Dragon (Naga) dan Pulau Phoenix. Dari jeti, kami menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong ke salah satu pulau kecil di seberang. Dalam perjalan kami dapat melihat sangkar ikan dan rumah terapung di sungai. Terdapat juga kapal-kapal Criuse yang akan Cambodia
i. Honey Bee Farm
Tempat singgahan pertama kami adalah tempat perusahaan lebah madu.
Kami diberi penerangan cara menternak lebah madu, produk berasakan madu, cara menyedia teh madu dan mencuba teh madu.
ii. Bersiar Sekitar Pulau
Selepas mencuba teh madu, kami meneruskan aktivti untuk bersiar-siar sekitar pulau dengan menaiki kenderaan buddy. Sebelum ini hanya perkhidmatan kereta kuda sahaja. Perkhidmatan pengangkutan kereta kuda ini masih lagi beroperasi tetapi kami disediakan kenderaan buddy kerana lebih bersih dan tidak berbau berbanding dengan kereta kuda.
Kami dibawa bersiar-siar dengan buddy ke sekeliling kampung. Persinggahan pertama, kami singgah di tempat perusahan pengeluaran gula-gula kepala atau coconut candy.
iii. Pusat Perusahaan Coconut Candy
Di tempat ini kita dapat melihat dan mempelajari cara-cara gula-gula kelapa disediakan. Di permis ini juga ada menjual pelbagai produk terutama produk berasaskan kelapa.
iv. Persembahan Muzik dan Nyanyian
Persinggahan kedua adalah tempat persembahan nyanyian oleh penduduk kampung dan mendengar muzik tradisional Vietnam. Penduduk kampung ini pandai mendendangkan lagu-lagu melayu sebab kebanyakan pelancong yang hadir ke sini adalah pelancong dari Malaysia. Sambil menikmati persembahan, kami dihidang dengan buah-buahan tempatam. Kebetulan di Vietnam ini musim durian, kami dapat menikmati durian Vietnam, rasa sedap dan isinya juga tebal.
v. Bersampan
Aktiviti terakhir di pulau adalah menaiki sampan ke bot yang sedia menunggu di jeti. Rasa kecewa juga sebab tidak dapat rakaman video kerana terlupa on semasa merakam. Bernasib baiklah ada juga gambar yang di ambil.
vi. Pulang ke My Tho
Selepas menaiki sampan, kami naik semula bot untuk pulang ke My Tho.
MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT
Setelah melawat pulau di Delta Mekong, kami dibawa ke restoran di Masjid Jami'ulmuslimin, My Tho untuk makan tengahari dan solat.
Setelah makan tengahari, kami mendiri solat jamak zoho dan asar di masjid ini. Masjiad da restoran ini telah menjadi tempat pelancong muslim untuk makan dan solat di My Tho.
Kami meneruskan aktiviti berikut ke kedai shopping berikut.
DANNY FASHION HOUSE
Kedai ini merupakan detinasi shopping kedua. Disini banyak menjual kain-kain tudung berjenama yang popular di Malaysia (orang Vietnam kata second copy...ha ha ha). T-shirt, kasut sukan juga ada dijual di sini.
Setelah selesai membeli-belah, kami terus pulang ke Ho Chi Minh.
Tiba di hotel, kami berehat dan aktiviti bebas.
RESTORAN HAJAH HAWA
Selepas solat maghrib, kami keluar untuk pergi makan malam di Malaysia Street. Kali ini kami makan di Restoran Hajah Hawa.
MALAYSIA STREET
Selepas makan malam, kami mengambil peluang bersiar-siar di Malaysia Street.
Disini terdapat banyak kedai yang menjual kain, tudung dan cenderahati. Ada juga beberapa permis memberi perkhidmatan urutan bada dan kaki. Kami cuba perkhidmatan urut kaki.
Pulang ke hotel.
Tamat Aktivit Hari Keempat.
VIDEO
Video hari keempat :
ITINERARI
- Hari 01 > KLIA - HCM - Dalat
- Hari 02 > Dalat
- Hari 03 > Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh
- Hari 04 > Ho Chi Minh
- Hari 05 > Ho Chi Minh - KLIA
LINK
Comments