Skip to main content

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE 05- 09 Julai 2024 - Hari Ketiga

 HARI KETIGA 07-07-2024

HOTEL HOANG VIET 3

Setelah dua hari kami berada di Dalat, kini kami akan bergerak ke Ho Chi Minh. Dalam perjalanan itu nanti, kami akan melawat Padang Pasir Sand Dune di Mui Ne , sebelum itu, kami akan singgah di Dai Binh untuk menikmati pemandangn dari puncak bukit dengan awan berkabus.

Kami daftar keluar hotel jam 7.00 pagi..

RESTORAN KAMPUN MELAYU

Sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan di Restoran Kampung Melayu yang terkenal dengan Roti Daging Telur. Orang Vietnam sebut telur, talu.

Kali ini kami bersarapan dengan Roti Daging Telur, kami order dua set setiap seorang. Sebab rasa sedap masa mula-mula kami makan hari itu. Kos tambahan itu kami tanggung sendiri.

Roti Daging telur ini memang sedap jika dimakan semasa masih panas. Kami diberitahu resepinya, daging dicincang kecil dan diperap bersama-sama ramuan rempah semalaman. Daging ini akan digrill bersama telur semasa penyediaannya.

Selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Mui Ne. Jarak perjalanan ke Mui Ne dari Dalat lebih kurang 155 km dan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit.

DAI BINH

Dalam perjalanan ke Mui Ne, kami singgah di tempat rehat di Gunung Dai Binh. Gunung Dai Binh juga dikenali dengan nama lain Gunung Spung. Ia merupakan salah satu gunung yang terkenal di Tanah Tinggi Tengah dengan ketinggian 1200m. 

Gunung Dai Binh terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Bao Loc. Gunung ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya 20 bandar Bao Loc iaitu kira-kira 110 km dari bandar Da Lat dan dari kira-kira 200km dari Bandar Ho Chi Minh. Walaupun bukan gunung yang sangat tinggi, Dai Binh masih dikenali sebagai bumbung Bao Loc.

Kebanyakan pelancong yang pergi atau balik dari Dalat-Ho Chi Minh, mereka akan singgah di tempat rehat ini. Sama ada untuk menghirup udara segar, ke tandas atau rehat seketika. Tetapi kebanyakan mereka akan mengambil peluang untuk mengambil gambar atau video. Disini disediakan tempat peninjau dan tempat untuk bergambar. Gambar atau video yang diambil sangat cantik dengan suasana bukit yang berkabus dan diselimuti awan. Di sini juga, kita boleh melihat awan hanyut perlahan-lahan di langit yang terbentang luas.

MUI NE

Setelah 4 jam 30 minit pemanduan, kami selamat sampai di Mui Ne.

Mui Ne ialah sebuah bandar peranginan pantai di Phan Thiet adalah ibu kota wilayah Binh Thuan, kira-kira 4 jam dengan bas dari Bandar Ho Chi Minh.

Nama 'Mui Ne' menarik mempunyai banyak asal usul. Salah satu makna nama diambil, datang dari cerita golongan nelayan pada zaman dahulu. Mereka biasanya menghadapi ribut laut, jadi mereka biasa bersembunyi di tanjung, yang dipanggil 'Mui' dalam bahasa Vietnam, dan 'sembunyi' bermaksud 'Ne'. Maka timbullah nama Mui Ne.

Bukit pasir di Mui Ne adalah tarikan terbesar di sini selepas pantai. Lawatan ke Padang Pasir kuning dan Padang Pasir putih, Nhu Trung, Mui Ne seperti berada di Dubai atau di gurun Sahara.

Bukit pasir merah dan putih ini sangat besar sehingga apabila berada ditengah-tengahnya seperti berada di padan pasir di Sahara atau Dubai tetapi rupanya di Vietnam je.

Selain kita mengambil foto seperti berada di padang pasir, terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan di sini. Kita boleh meluncur ke bawah bukit pasir dengan kereta luncur. Kami menaiki jip untuk merasai pemanduan di padang pasir.

Selepas melawat Bukit Pasir ini, kami meneruskan perjalanan ke Ho Chi Minh.

RESTORAN ALY

Dalam perjalanan ke Ho Chi Minh, kami singgah untuk makan tengahari dan solat. Kami singgah di Restoran Aly di Dong Nai.

Restoran ini antara tempat makan halal di Vietnam. Banyak pakej pelancongan muslim yang pulang dari Dalat ke Ho Chi Minh akan berhenti di sini untuk makan tengahari.

Makan tengahari di Restoran Aly, Dong Nai, kami pekena sup gearbox. Restoran ini berdekatan dengan perkampungan Islam Champa. 

MASJID NOURUL ESAAN

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke masjid berdekatan dengan Restoran Aly, Masjid Nourul Esaan, Dong Nai.

Masjid Nourul Ehsaan dibina pada tahun 2006 di komune Xuan Hung, daerah Xuan Loc, Masjid Nourul Ehsaan mempunyai seni bina Islam dengan struktur kubah. Masjid berbentuk segi empat tepat berwarna putih dan hijau kebiruan. Masjid ini mempunyai empat menara runcing di empat penjuru bumbungnya. Di tengah-tengah bahagian atas masjid terdapat menara yang dimahkotai dengan kubah bawang. Di bahagian atas menara itu terdapat bulan sabit dan bintang berbucu lima, simbol umat Islam.

Masjid Nourul Ehsaan dianggap sebagai masjid kedua terbesar di Vietnam, selepas masjid di wilayah An Giang. Terdapat perkampungan orang Champa beragama Islam tinggal berhampiran masjid ini. Dianggarkan lebih kurang 3,000 orang Champa Islam tinggal di perkampungan ini.

Masjid di Xuan Loc bukan sahaja tempat untuk amalan agama dan budaya Cham tetapi juga destinasi kegemaran pelancong dan penyelidik budaya.

Kami Solat Jamak Zohor & Asar sebelum bergerak semula ke Ho Chi Minh. 

HOTEL TORONTO, HO CHI MINH

Sampai di Bandaraya Ho Chi Minh, kami dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Hotel ini berdekatan dengan Malaysia Street yang terkenal dikalangan pelancongan dari Malaysia. Kami menginap di Hotel Toronto untuk dua malam.

BEN TANH MARKET

Selepas daftar masuk hotel, kami terus dibawa ke Ben Tanh Market, Ho Chi Minh City.

Ben Thanh Market atau Pasar Ben Thanh adalah destinasi membeli-belah paling terkenal untuk pelancong di Ho Chi Minh City. Disini kita boleh menemui hampir segala-galanya termasuk cenderahati, pakaian, topi, kopi, teh, kasut, dompet, makanan ringan, buah-buahan segar, seni, elektronik, mainan, rempah ratus, beg pakaian, jam tangan, buah-buahan dan barang kemas. Selain membeli-belah, pasar tertua di bandar ini juga menjadi tarikan tersendiri terutamanya untuk pelancong.

Pasar Ben Thanh terletak di Daerah 1 di tengah-tengah Bandar Ho Chi Minh di persimpangan jalan Le Loi, Ham Ngh, Tan Hung dan Le Lai. Waktu terbaik untuk membeli-belah adalah sebelah pagi kerana kedai-kedai akan tutup perniagaan pada lewat petang.

Peniaga pakaian disini boleh memberi komitmen dan berjanji akan menyiap tempahan dalam masa 24 jam. Kami sempat untuk menempah pakaian, seluar, baju kurung dan blazer.

RESTORAN MUSA KARIM

Makan Malam di Restoran Musa Karim, Ho Chi Minh City kat area Malaysia Street.

Dalam perjalanan pulang ke hotel selepas makan malam, singgah di penjual jalanan kopi Vietnam. Beli secawan, sedap pulak kopi dia ini.

Tamat Aktivit Hari Ketiga.

VIDEO

Video hari ketiga :


ITINERARI

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...