Skip to main content

PERCUTIAN KK-KUNDASANG 4H3M 2024 - Hari Ketiga

HARI KETIGA - 04 Feb 2024

SARAPAN

Sarapan di Restoran Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu.

MENARA TUN MUSTAPHA

Selepas sarapan, kami dibawa ke Menara Tun Mustapha, Sabah. Disini, kami hanya mengambil foto berlatarbelakang bangunan tersebut.

Menara Tun Mustapha, ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah merupakan sebuah bangunan yang indah, menarik dan menakjubkan daripada segi konsep. Bangunan 30 tingkat yang dibina daripada aluminium dan kaca ini merupakan salah sebuah bangunan yang luar biasa di negara ini. Bangunan ini dinamakan Menara Tun Mustapha pada 31 Julai 2001 bersempena dengan Ulang Tahun ke-35 penubuhan Yayasan Sabah, sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan perjuangan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, seorang wira dan patriot yang terkenal bukan sahaja di negeri ini bahkan di peringkat antarabangsa kerana inspirasinya untuk menubuhkan Yayasan Sabah yang sehingga hari ini bertindak sebagai pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi negeri ini.

MASJID BANDARAYA, KOTA KINABALU

Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Terletak berhampiran laut, masjid putih yang megah ini mempunyai ciri yang serupa dengan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid terapung ini mempunyai dewan solat yang menempatkan tiga madrasah dan boleh menempatkan antara 9,000 hingga 12,000 orang pada satu-satu masa.

Setakat ini, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan masjid terbesar di Kota Kinabalu, mungkin juga yang paling indah di Malaysia. Masjid ini dihiasi dengan lagun buatan manusia yang mengelilinginya memberikan pemandangan yang tenang dan dramatik kepada masjid terutama pada malam bulan purnama.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dibuka untuk dikunjungi orang ramai, namun semua pengunjung dikehendaki mendaftar dengan Pengurusan Pelancongan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dahulu.

Kemudian kami dibawa melawat satu tempat tarikan baru di Kota Kinabalu, Bukit Kokol.

KOKOL HILL ELF

Bukit Kokol terletak hanya 45 minit pemanduan dari Kota Kinabalu.

Bukit ini menawarkan tempat yang menarik dengan pemandangan yang tenang dan tempat yang selesa. Disebabkan jaraknya yang dekat, Kokol elf ialah tempat yang sesuai untuk menenangkan diri daripada kesibukan bandar yang menjadikannya sesuai untuk percutian rakan, pasangan dan keluarga.

Kokol Hill Elf adalah antara lokasi di Kota Kinabalu yang paling ‘instagrammable’ di mana kita boleh bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan bandar Kota Kinabalu dan juga panorama matahari terbenam atau tenggelam yang sungguh mempesonakan.

Sambil menghirup udara segar dari bukit, kita boleh mencuba pelbagai tarikan yang disediakan seperti Mega Swing (buaian besar di puncak bukit), The City Circle (tempat duduk rotan dengan reka bentuk berciri estetik), The Sunset Catcher Area, Big Bird Nest dan sebagainya.

Kokol Hill Elf mempunyai banyak pemandangan yang indah untuk diambil gambar yang indah dan kenangan.

HAMID FROZEN & DRIED BORNEO SEAFOOD

Dari Bukit Kokol, kami turun dan menuju pusat jualan barang hasil laut di bandar Kota Kinabalu. Kami singgah di Kedai Hamid Frozen & Dried Borneo Seafood, Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu. Kami beli ikan bilis dan beberapa hasil laut lain.

GERAI JAMILAH MUTIARA

Selepas membeli ikan bili, kami berjalan menuju ke Pasar Filipina. Kami singgah ke Gerai Jamilah Mutiara. Jangan tak beli ...ambil juga untuk cenderahati.

MAKAN TENGAHARI

Makan tengahari di Restoran Lengkuas, Kota Kinabalu.

KILANG COKLAT, COCO KINGDOM

Selepas makan tengahari, kami meneruskan lawatan ke Kilang Coklat, Coco Kingdom. Cocoa Kingdom adalah kawasan pencinta coklat. Ia terletak No 1, Lorong Bunga Telur A, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Sabah.

Nam sebelum ini ialah Simply Chocolate, kini namanya telah ditukar kepada COCOA KINGDOM. Ia telah berada di sini lebih 10 tahun menghasilkan coklat terbaik di Sabah. Matlamat mereka adalah untuk mendedahkan pengalaman koko Borneo sambil mempromosikan warisan Sabah kepada dunia melalui coklat. Kebanyakan koko Sabah ditanam di Tawau dan penghasilan produk coklat pada tahun 2009.

Kedai yang cukup besar itu mempamerkan semua produk coklat Cocoa Kingdom termasuk perisa eksotik seperti durian, kelapa, mangga, nanas dan tiramisu yang sangat popular. Ia bukan sekadar kedai coklat, sebaliknya kita boleh belajar dengan cara yang menyeronokkan tentang proses pelbagai peringkat untuk menukar dari biji hingga menjadi coklat. Produk coklat di sini yang kesemuanya tersedia secara 'cuba sebelum anda membeli' dengan banyak sampel yang tersedia.

KAMPUNG AIR, TANJUNG ARU LAMA

Selepas melawat kilang coklat, kami dibawa ke Kampung Air, Tanjung Aru untuk menunai solat zohor & asar di Masjid Al Kauthar.

Singgah seketika di Kampung Air, Tanjung Aru Lama. Menarik tentang perkampungan ini, ianya terletak di persisiran pantai Tanjung Aru.

Keunikan tentang kampung ini, hampir kesemua perumahan disini digabungkan dengan titian yang diperbuat daripada kayu. Memang mencabar ketika melalui kawasan ini, lebih-lebih lagi takut terjatuh ke dalam air. Memang benar, pemandangan dan suasana di sesetengah bahagian perkampungan Kampung Tanjung Aru Lama ini agak kotor dengan kehadiran banyak bahan buangan yang tidak sepatutnya ada seperti plastik, bekas makanan dan sebagainya.

PANTAI TANJUNG ARU

Suasana matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru. Pantai Tanjung Aru mempunyai salah satu pemandangan matahari terbenam yang paling indah di dunia, dan ia juga merupakan pantai yang paling banyak difoto di Sabah. Terletak di antara Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pantai sepanjang 2.3 Kilometer ini dibahagikan kepada pantai pertama, kedua dan ketiga. Pantai Pertama ialah tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang indah dan berjalan-jalan di pantai berpasir.

Jangan lupa juga untuk membawa kamera dan menanti saat-saat mengujakan matahari terbenam untuk diabadikan di dalam foto. Sebagai peringatan, waktu matahari melabuhkan tirai di sini adalah jauh lebih awal dari tanah Semenanjung, dalam sekitar 5.30 pm.

TODAK WATERFRONT

Setelah terbenam matahari di pantai Tanjung Aru, kami dibawa makan malam di Gerai Anjung Kaseh Adinda, Todak Waterfront, Kota Kinabalu. Ingat makan di Sabah ni murah, rupanya sangat mahal. Orang local KK tidak makan di Todak Waterfront sebab ia terlalu mahal, yang datang makan di sini kebanyakan pelancong atau mereka yang datang dari luar KK atau Sabah.

Pulang ke hotel untuk penginapan.

Tamat aktiviti hari ketiga.

ITINERARI

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...