Skip to main content

PAKEJ HO CHI MINH, DALAT DAN MUI NE 05- 09 Julai 2024 - Hari Kedua

HARI KEDUA 06-07-2024

BANDAR DALAT

Da Lat atau Dalat ialah ibu kota Wilayah Lâm Đồng dan bandar terbesar di wilayah Tanah Tinggi Tengah, Vietnam. Bandar ini terletak 1,500 m di atas paras laut di Dataran Tinggi Langbian. Da Lat ialah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Vietnam dan mempunyai pemandangan yang indah serta cuaca sederhana. Dalat juga terkenal dengan kepelbagaian bunga, sayuran, buahan dari tanah ladang di sekelilingnya serta mempunyai banyak laman alam semula jadi.

Pekan peranginan gunung ini pernah menjadi percutian musim panas bagi orang Perancis. Mereka pernah menduduki Vietnam dan meninggalkan kesan sejarah dalam seni bina. Ramai juga yang memanggil Dalat sebagai ‘Little Paris’ kerana ia mempunyai replika mini ‘Eifel Tower’ yang terletak di tengah bandaraya.

Cuaca di selatan Vietnam boleh dikategorikan kepada dua musim iaitu musim hujan dan musim kemarau. Jika kita ingin melawat Da Lat, pergi semasa musim kemarau, iaitu antara bulan Disember hingga awal bulan Mac. Pada masa inilah cuaca sesuai untuk aktiviti luar dan bersiar-siar di luar bandar.

Kalau ingin merasai cuaca sederhana di Dalat, bulan Mei ialah masa yang sesuai untuk dikunjungi kerana ketika ini cuacanya yang sederhana dan bunga-bunga di bandar ini sedang mekar penuh serta mewujudkan suasana yang berwarna-warni dan meriah.

CHU DAT PANORAMA - SAN MAY

San May bererti Selubungi Awan. Aktiviti pertama kami pada hari ini adalah berkunjung ke Chu Dat Panorama untuk melihat awan berkabus atau San May.  Tempat ini telah menjadi tempat tumpuan untuk melihat suasana matahari terbit dan keindahan alam yang berkabus diliputi awan.

Biasanya, dari April hingga Oktober dianggap masa terbaik untuk memburu awan. Pada masa ini, Da Lat selalunya lebih mendung dan landskap menjadi sangat menarik dan masa terbaik sekitar jam 4:30 hingga 5:30 pagi. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk menghadapi adegan awan terapung yang kelihatan seperti kita tersesat di dunia dongeng.

Selepas solat subuh, kami telah bergerak dari hotel ke San May. Ini merupakan suatu pengalaman yang menarik apabila kita perlu bangun awal untuk pergi memburu awan. Apabila sampai, kami dapati ramai pengunjung sudah tiba. Oleh kerana kami menaiki kenderaan kecil, kenderaan kami dapat parkir lebih menghampiri tempat melihat suasan berkabus. Bagi mereka yang menaiki bas atau mereka yang sampai lewat perlu meletak kenderaan jauh sedikit. Mereka perlu lebih menapak untuk ke tempat tersebut.

Ketika Dalat dilitupi oleh selimut nipis awan putih, kelihatan suatu panorama yang indah dan damai di seluruh bandar Da Lat. Ini adalah aktiviti yang sangat murah tetapi mencapai kesan kehidupan maya yang sangat tinggi, Paling penting ialah peluang untuk mengagumi alam semula jadi, melihat syurga awan yang indah terapung lembut di puncak gunung serta langit dalam bentuk sebenar di bumi Da Lat.

Untuk aktiviti ini kita memerlukan pakaian yang sesuai, hangat dan selesa seperti sarung tangan, baju kalis air serta memilih kasut dengan cengkaman dan geseran yang baik untuk bergerak dengan mudah ke lokasi memburu awan.

HYDRANGEA GARDEN, CATUKA

Selepas menikmati keindahan syurga awan di San May, kami kemudian bergerak menuju Ladang Hydrangea Catuka yang terletak di kawasan Trai Mat, komune Xuan Tho iaitu kira-kira 15km dari pusat bandar Dalat, dengan keluasan sehingga 2 hektar. Kelebihan pokok bunga hydrangea di sini, ia berbunga mekar sepanjang tahun.

Pada masa ini terdapat banyak ladang hydrangea di Dalat. Ladang Hydrangea Catuka merupakan salah satu tarikan pelancongan baru ini amat menarik minat pelancong terutama golongan muda dan peminat bunga. Ladang ini menyediakan beberapa tempat bergambar untuk mengambil gambar yang cantik.

Ladang bunga ini mula menjadi terkenal apabila sepasangan pengantin berkongsi gambar perkahwinan mereka di Facebook. Hanya selepas beberapa ketika berkongsi, ladang bunga ini telah menjadi tempat tumpuan bergambar. Kini tempat ini telah menjadi popular dan mesti dilawati apabila berkunjung ke Dalat. Kebanyakan mereka yang datang ke sini, untuk mengambil gambar.

Selain daripada hydrangea, kita boleh melihat jambatan seperti yang berada di Da Nang. Kita boleh bersantai sambil menikmati kopi Vietnam di kafe yang terdapat di sini. Terdapat juga gerai menjual makanan kering dan snack.

SARAPAN PAGI

Selepas melawat San May dan Ladang Hydrangea, kami dibawa untuk sarapan pagi di Restoran Kampung Melayu. Semalam kami datang ke sini untuk makan malam.

Kami mencuba makanan Roti Daging Telur. Roti yang baru masak (panas) dimakan bersama daging grill bersama telur. Daging cincang telah disedia dan diperap semalaman. Memang sedap rasanya. Kami siap menambah lagi dengan kos sendiri.

MONGO LAND

Mongo Land di Da Lat ialah destinasi pelancongan terkenal yang sensasi dalam pelbagai platform media sosial. Ia dibina dan diinspirasikan oleh gaya Mongolia. 

Mongo Land Dalat adalah satu taman tema terletak di dalam kawasan ladang kopi di kumpulan 16, dusun 1, komune Ta Nung, bandar Da Lat. Jarak dari pusat bandar Dalat ke Mongo Land adalah lebih kurang 15 km, bersamaan dengan 30 minit pemanduan. Ini adalah destinasi popular di kalangan generasi muda Vietnam.

Di sini terdapat satu sudut dikenali Mini Mongolia di mana terdapat khemah-khemah Mongolia yang berwarna-warni dan replika patung yang unik, seolah kita benar-benar berada di Mongolia. Di satu sudut yang lain pula ala-ala Eropah dengan kincir angin dan permaidani hijau. 

Mongo Land juga merupakan sebuah ladang besar dengan pelbagai jenis haiwan 'super comel' yang digemari oleh ramai kanak-kanak. Pengunjung juga berpeluang untuk mendekati dan bermain dengan haiwan-haiwan comel seperti anak kambing, biri-biri, arnab dan banyak haiwan lain serta bergambar dengan mereka.

Kebanyakkan pengunjung datang ke sini adalah untuk mencuba menggelonsor tuib pelampung kering atau boya. Slaid pelampung kering ini telah direka bentuk dan diuji untuk keselamatan. Pelampung mempunyai kusyen tempat duduk dan tali untuk memastikan ia tidak menyimpang dari gelongsor. Tambahan pula, cerun ini mempunyai cerun yang landai yang tidak terlalu curam, jadi kita boleh berasa selamat dan bebas meluncur menuruni lembah.

Kita boleh meluncuri slaid ini sama ada bersendirian atau bersama dua orang. Jika kita pergi bersama sekumpulan rakan atau keluarga, kita boleh meluncur pada 6 pelampung sekaligus! Selepas kita selesai menggelongsor, trem akan menjemput kita ke puncak cerun dan membawa pelampung ke atas supaya kita tidak akan kehilangan terlalu banyak kekuatan apabila melakukan permainan ini.

Disini juga terdapat aktiviti permainan yang menyeronokkan dan menarik seperti permainan gelongsor rumput, permainan memanah dan menyewa pakaian untuk berubah menjadi nomad.

FLOWER FARM VAN THANH - DALAT - SAC MAU

Bunga adalah simbol bandar Dalat dan merupakan destinasi yang ideal ke sini terutama jika kita seorang pencinta bunga sejati. Di antara perkampungan bunga terbesar di Dalat adalah Kampung Bunga Van Thanh, tempat yang kami lawati. Datang ke sini, pengunjung akan terharu dan kagum dengan ruang luar biasa yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan berwarna-warni seperti mawar, carnation, lily, gerbera dan beberapa lagi.

Kampung bunga Van Thanh terletak di 43 Van Hanh Street, Ward 5, Dalat City, Lam Dong Province.  kira-kira 3 km dari pusat bandar. Kampung bunga ini mempunyai keluasan lebih 200 hektar dan dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang.

Kampung Bunga Van Thanh adalah sebuah kampung yang mempunyai tradisi menanam bunga yang sudah lama. Ia juga merupakan tempat yang membekalkan lebih daripada 80% bunga mawar di bandar Dalat dan di pesta bunga yang diadakan pada setiap tahun.

Selain pokok-pokok bunga, terdapat juga tanaman sayuran-sayuran, tamoto, strawberry, labu dan lain-lain lagi. Buah labu nya besar besar.

Di satu sudut terdapat beberapa tempat untuk kita bergambar dan juga pusat jualan hasil perkampungan ini.

MAKAN TENGAHARI

Hari ini kita makan tengahari di Restoran Halal Food Dalat Hajah Hawa yang terletak di 70 Hoang Van Thu Street, Ward 5, Da Lat City, Lam Dong. Di sini, kita boleh memilih daripada pelbagai jenis hidangan Halal, termasuk hidangan dari Asia, Pakistan dan India.

Selain daripada restoran ini dan Restoran Halal Kampung Melayu, terdapat juga beberapa lagi restoran halal di Dalat seperti :

1. Halal food Ismael

2. Fatimah Restaurant Halal

3. Sarah – Halal Food; dan

4. IndiaGate Indian Restaurant

Selepas makan tengahari, kami dibawa lawatan ke Datanla Waterfall.

DATANLA WATERFALL

Lawatan singkat ke Datanla Waterfall yang terkenal dengan air terjun dan Roller Coaster serta pemandangan landskap pergunungan di sekitarnya.

Datanla Waterfall terletak di tengah-tengah Prenn Pass, dengan ketinggian lebih 20 meter. Ini adalah perhentian yang sesuai untuk mereka yang sukakan penerokaan, pelancongan pengembaraan dan aktiviti luar. Kawasan pelancongan air terjun Datanla ini menawarkan pengunjung pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki kereta kabel di atas air terjun, mendaki batu untuk menakluki puncak air terjun, gelongsor hutan, ziplining melalui hutan, dan menaiki bot melepasi air terjun. Pelawat kali pertama biasanya akan terpesona dengan bunyi dentuman air terjun.

Di sini, terdapat juga coaster alpine yang mendebarkan yang membolehkan anda menunggang dari puncak air terjun ke kolam di bawah. 

Pengalaman Alpine Coaster Baharu Datanla ialah denai coaster sepanjang 2,400 meter (yang terpanjang di Asia) yang membolehkan anda mengalami keseronokan menunggang melalui hutan hujan yang subur. Roller Coaster ini boleh memecut dan memperlahankan kenderaan menggunakan lengan brek coaster. Roller coaster ini juga akan melalui Air Terjun Datanla.

Untuk ke tempat air terjun, kita perlu menaiki roller coaster untuk turun ke sana. Jika tidak menggunakan kemudahan roller coaster, Kita perlu menapak turun ke bawah, Difahamkan jaraknya sejauh 800m dan terpaksa mendaki semula 800m untuk naik ke atas.

Ketika kami sampai, hujan renyai-renyai, kami ambil keputusan tidak jadi untuk melawat air terjun dan mencuba roller coaster yang terkenal disini. Kami datang hanya melihat tempat sahaja. Lagi pun roller coaster ini kurang sesuai untuk warga emas seperti kami.

CRAZY HOUSE

Vila Hang Nga juga dikenali sebagai Crazy house merupakan tarikan pelancong yang menarik di Dalat. Tempat ini juga telah diundi oleh majalah Berita Harian Cina sebagai salah satu daripada 10 rumah paling eksotik di dunia. Bangunan ini terletak di jalan Huynh Thuc Khang kira-kira 1km ke barat pusat bandar Dalat.

Villa Hang Nga dibina pada tahun 1990 oleh arkitek terkenal Dang Viet Nga, rumah itu diilhamkan oleh imej alam semula jadi seperti urat labah-labah, pokok, gua di dalam kampus. Vila-vila direka bentuk supaya banyak rumah dihubungkan bersama oleh lorong kecil, membongkok dalam kontur semula jadi.

Gaya seni bina vila Hang Nga Dalat bukanlah dibelajari dari mana-mana sekolah seni bina tetapi ia direka dengan cara semula jadi, dari koridor, tingkap, tangga serta dibina sebagai blok logam. Terdapar hiasan cairan air batu beku, kelihatan sangat pelik dan cantik. Laluan kecil yang menghubungkan bangunan bersama-sama dibina meniru pokok anggur, landak, akar dan semuanya diperbuat daripada konkrit bertetulang yang sangat kukuh tetapi seolah-olah hidup.

Sebagai tarikan pelancong untuk Da Lat, Crazy house Dalat mempunyai hotel dengan 10 bilik untuk penginapan semalaman. Setiap bilik direka untuk dikaitkan dengan haiwan, seperti bilik Kangaroo, bilik Bear, bilik Eagle. Semua bilik adalah reka bentuk yang pelik, dengan labah-labah, gua di mana-mana, terutamanya di sekeliling katil dan dinding dipasang dengan banyak cermin.

MAKAN MALAM

Makan malam hari ini di Restoran Halal Food Dalat Hajah Hawa lagi.

Menu malam ini makanan ala steamboat.

BERSIAR-SIAR WAKTU MALAM DI DALAT

Selepas makan malam, kami mengambil peluang untuk menjelajahi bandar Dalat diwaktu malam. Kami melawat-lawat tempat yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

1. Lam Vien Square

Dataran Lam Vien merupakan tarikan utama Da Lat. Dataran Lam Vien terletak di tengah-tengah Da Lat, menjadikannya destinasi pelancongan yang popular. Hampir setiap pelawat kali pertama ke Da Lat singgah di Dataran Lam Vien.

Tempat ini terkenal dengan dua struktur seni bina ikonik yang diperbuat daripada kaca berwarna iaitu Bunga Artichoke dan Bunga Matahari Liar. Di bawah ikonik ini terdapat mall yang agak besar. Selain merakam gambar di taman, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti luncur roda dan layang-layang.

2. Xuon Huong Lake

Tasik Xuan Huong telah dipilih sebagai salah satu daripada 10 tasik tercantik di Vietnam. Ia terletak betul-betul di tengah-tengah Dalat. Ini mungkin destinasi pertama yang pelancong akan lihat apabila memasuki bandar bunga. Ia juga dikenali tanda sebagai pusat bandar Dalat.

Pada awalnya, tempat ini merupakan aliran air terjun Cam Ly dan kemudian membentuk sungai. Pada tahun 1919, kerja untuk menyekat aliran dan membuat empangan maka terbentuklah tasik seperti yang ada sekarang. Nama tasik ini diambil bagi memuji sumbangan seorang penyair Vietnam bernama Ho Xuan Huong. Berdekatan tasik ini terdapat gerai-gerai pasar pusat dipenuhi dengan bunga-bunga segar dan berwarna-warni.

3. Dalat Night Market

Pasar Malam Dalat adalah salah satu tarikan paling popular di bandar pergunungan yang menawan ini. Ia terletak betul-betul di tengah bandar, bersebelahan Tasik Xuan Huong, di 4 Nguyen Thi Minh Khai Street. Pasar Malam ini dibuka setiap malam bermula jam 5.30 petang hingga 10.00 malam.

Pasar Malam Dalat menarik ribuan pelancong setiap tahun. Tempat yang meriah dan menarik ini telah menjadi ciri budaya bandar selama lebih setengah abad. Pada mulanya, ia adalah pasar makanan lewat malam dengan gerai bergerak diterangi lampu minyak. Dari masa ke masa, pasaran telah berkembang dari segi saiz dan kepelbagaian.

Pasar Malam Dalat adalah tempat yang sesuai untuk membeli-belah lewat malam. Pasar ini sangat sibuk terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum, apabila ramai pelancong tempatan dari Ho Chi Minh City melawat Dalat. Di sini, kita boleh menemui banyak penjual makanan jalanan, gerai dengan pakaian, cenderahati dan persembahan jalanan.

Setelah puas berjalan-jalan di pasar malam, kami mengambil keputusan untuk pulang. Dari pasar malam, kami berjalan kaki pulang ke hotel.

Memang, Dalat mempunyai banyak tempat yang patut dilawati. Dengan suasana yang damai dan romantik di Dalat, kita pasti akan mempunyai saat-saat yang sangat santai dan menyeronokkan apabila berada ke sini bersama keluarga dan orang tersayang.

VIDEO

Video hari kedua :

i. San May & Ladang Hydrangea

ii. Mongo Land

iii. San Mau

iv. Datanla Waterfall, Crazy House & Night Market


ITINERARI

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...