HARI KEDUA 06-07-2024 BANDAR DALAT Da Lat atau Dalat ialah ibu kota Wilayah Lâm Đồng dan bandar terbesar di wilayah Tanah Tinggi Tengah, Vietnam. Bandar ini terletak 1,500 m di atas paras laut di Dataran Tinggi Langbian. Da Lat ialah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Vietnam dan mempunyai pemandangan yang indah serta cuaca sederhana. Dalat juga terkenal dengan kepelbagaian bunga, sayuran, buahan dari tanah ladang di sekelilingnya serta mempunyai banyak laman alam semula jadi. Pekan peranginan gunung ini pernah menjadi percutian musim panas bagi orang Perancis. Mereka pernah menduduki Vietnam dan meninggalkan kesan sejarah dalam seni bina. Ramai juga yang memanggil Dalat sebagai ‘Little Paris’ kerana ia mempunyai replika mini ‘Eifel Tower’ yang terletak di tengah bandaraya. Cuaca di selatan Vietnam boleh dikategorikan kepada dua musim iaitu musim hujan dan musim kemarau. Jika kita ingin melawat Da Lat, pergi semasa musim kemarau, iaitu antara bulan Disember h...