Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA 1435H/2014

Hari ini hari Jumaat Dah hampir tiba hari penamat Anak bulan di cari petang ahad Nak sahkan syawal mendapat tempat Sajelah untuk diri dan kawan diingat Takkan raya je nak melawat Apa salahnya malam ni kita muafakat Rumah mak ke, mertua yang berkat Dari dulu sampai sekarang  Inilah punca selalu berperang Kampung You ke I yang riang Maklumlah agenda lain nak di kenang Walau dah kawin bertahun  Kadang kadang hilang sopan dan santun Maklumlah jiwa dan hati meruntun  Terbayang saudara balik berduyun Untunglah yang kahwin piatu Itu semua tak buatkan buntu Rumah terbuka pemimpin tempat di tuju Tahun ni batal kerana PM kita pilu Bagi yang tak balik beraya Duduk merayau di ibukota Bangla, Nepal , Mynmar,Vietnam teman berceria Filipina pun ada yang serupa muka Itu cerita pasal rayanya Belum di khabar pasal makannya ketupat lemang burasak pun nyata atas permintaan tekak semua Ayam , lembu ,kambing tak selamat Kerbau yang hilang pun jumpa alamat...

Lebaran Ini (1434H)

1 Syawal 1434H di Taman Cheras Jaya Lagu : Lebaran Ini Artis :  Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.   Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan k...

Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Putrajaya, 21/09/2010 - Perdana Menteri Dato' Sri Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PICC.

SAMBUTAN HARI RAYA PADA PANDANGAN ISLAM

Islam telah menetapkan bagi kita untuk berhari raya dua kali dalam setahun hijrah, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban atau haji, dalam erti kata lain Aidilfitri dan Aidiladha, kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan syariah Islam. Sejarah Islam mencatatkan setelah baginda Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda dapati orang-orang Islam Madinah merayakan dua hari raya yang mereka warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Maka baginda Rasulullah bersabda; kepada mereka yang bermaksud : "Allah subhanahua ta’ala telah menggantikan kedua-dua hari raya kamu itu dengan dua hari raya yang lebih baik dari apa yang kamu rayakan itu, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban." Semenjak itu kedua-dua hari raya itu dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dari setahun ke setahun sehinggalah sekarang dan seterusnya. Hakikat ini juga boleh difahami bahawa Islam melayani kehendak dan tabiat semulajadi manusia selaras dengan kenyataan dimana setiap kaum dan bang...