Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Buki Tinggi

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

05 Jun 2010. Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah penggal kedua. Aku bawa keluarga melancong ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Kami bermalam di disana. Kami bertolak dari rumah pada jam lebih kurang 10.30pagi. Sepanjang perjalanan ada beberapa tempat sesak. Maklumlah cuti sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari pantai timur, pahang, terengganu dan kelantan, berduyung-duyunglah menyusur jam tersebut. Nasib baik bukan sepanjang jalan kami hanya sampai beberapa kilometer dari tol Gombak-Karak. Kira-kira jam 12 tengahari, kami sampai di Tempat Rehat Genting Sempah, kami menikmati makan tengahari. Kami meneruskan perjalanan, pada jam 1,40petang kami tiba di Colmar Tropicale, destinasi tujuan kami. Kami telah membuat tempah sebulan yang lalu, kami tidak risau tentang bilik penginapan. Semasa kami mendaftar di kaunter pendaftaran, bilik yang kami tempah itu ada tetapi belum lagi dikemaskan. Sementara kami menunggu, kami pergi menaiki coaster ke Rabbit Farm. Lebih kurang ...