05 Jun 2010.
Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah penggal kedua. Aku bawa keluarga melancong ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Kami bermalam di disana. Kami bertolak dari rumah pada jam lebih kurang 10.30pagi. Sepanjang perjalanan ada beberapa tempat sesak. Maklumlah cuti sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari pantai timur, pahang, terengganu dan kelantan, berduyung-duyunglah menyusur jam tersebut. Nasib baik bukan sepanjang jalan kami hanya sampai beberapa kilometer dari tol Gombak-Karak. Kira-kira jam 12 tengahari, kami sampai di Tempat Rehat Genting Sempah, kami menikmati makan tengahari. Kami meneruskan perjalanan, pada jam 1,40petang kami tiba di Colmar Tropicale, destinasi tujuan kami.
Kami telah membuat tempah sebulan yang lalu, kami tidak risau tentang bilik penginapan. Semasa kami mendaftar di kaunter pendaftaran, bilik yang kami tempah itu ada tetapi belum lagi dikemaskan. Sementara kami menunggu, kami pergi menaiki coaster ke Rabbit Farm.
Lebih kurang setengah jam, kami pulang ke resort. Bilik kami pun telah tersedia. Kami pun berehat. Sebelah petang, kami pun keluar bersiar-siar sekitar resort tersbut. Kami mengambil gambar kenang-kenangan. Ramai juga orang yang menginap disini, maklumlah hujung minggu. Kami menonton tayangan video, cerita Ice Age: Dawn of the Dinosaurs sementara menunggu makan malam kami.
Esoknya kami pulang jam 12.00 tengahari. Seronok tempat ini. Bagi mereka yang belum sampai di sini saya syor melancong/melawat di sini kerana ia suatu kelainan. Tempat ini berkonsepkan ala Perancis, bangunan menarik.
Comments