07-10 Jun 2010. Kami sekeluarga melancong ke Jarkarta dan Bandung pada cuti sekolah baru-baru ini. Sepanjang kami di Indonesia, kami dihidangkan masakan ikan Gurame. Kebanyakan masakan adalah Ikan Gurame Goreng Kering.
Gurame merupakan jenis ikan air tawar, bentuk badan pipih lebar, bahagian ekor berwarna merah sawo dan bahagian perut berwarna kekuning-kuningan/keperak-perakan. Ikan gurame berasal dari perairan daerah Sunda (Jawa Barat, Indonesia), dan menyebar ke Malaysia, Thailand, Sri Langka dan Australia. Pertumbuhan ikan gurame agak lambat dibanding ikan air tawar jenis lain. Di Indonesia, orang Jawa menyebutnya gurami, Gurameh, orang Sumatra ikan kalau, kala, kalui, sedangkan di Kalimantan disebut Kalui. Orang Inggris menyebutnya Giant Gouramy , kerana ukurannya yang besar boleh mencapai berat sehingga 5 kg.
LINK
[Home] [MyTrip] [Percutian Jakarta dan Bandung 2010]