Skip to main content

Melancong ke Jakarta dan Bandung, Indonesia 2010

HARI PERTAMA (07 Jun 2010)

Kami sekeluarga pergi melancong bawah pakej Jakarta-Bandung 4H3M kelolaan Agen Pelancongan Sensa Resources bermula hari Isnin 7 Jun 2010 hingga hari Khamis 10 Jun 2010. Sepatutnya kami menaiki pesawat MH723 jam 16.30 tetapi dibatalkan dan ditukarkan ke MH725, sebuah pesawat Airbus. Kami berangkat dari KLIA pada jam 17,55 dan lebih kurang 1 jam 40 minit kami tiba Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (Jakarta Airport). Sejam juga kami hendak lepasi pemeriksaan imigrisen Indonesia. Selepas itu, kami tercari-cari wakil agen, lebih kurang 20 minit juga, baru kami ke temu wakil agen kami di Jakarta iaitu Bapak Dudung Abd Sukor bersama pemandu (kakaknya) Raino. Kami dibawa menaiki van Kia Pergio ke Restoran Bukit Randu, Bandara untuk menikmati makan malam. 

Selepas makan, kami dibawa terus ke tempat penginapan di Hotel Triniti, Jakarta lebih kurang 30 minit perjalanan dari restoran tersebut.

HARI KEDUA (08 Jun 2010)

Selepas sarapan, kami pun check-out dan dibawa pergi melawat Monumen Nasional (Monas). 

MONUMEN NASIONAL (MONAS)

Monas atau Tugu Monas dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 12 Julai 1975. Bentuk Tugu peringatan yang satu ini sangat unik. Menara Monas diperbuat dari marmer yang berbentuk alu lesong, tingginya 132 meter. Di puncak Monumen Nasional terdapat cawan yang berbentuk nyala obor yang beratnya mencapai 14,5 ton dan dilapisi emas 35 Kilogram. Lidah api atau obor ini sebagai simbol perjuangan rakyat Indonesia yang ingin meraih kemerdekaan.

Pelataran puncak dengan luas 11x11 dapat menampung sebanyak 50 pengunjung. Dari pelataran puncak tugu Monas, pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh penjuru kota Jakarta. Arah ke selatan berdiri dengan kukuh dari kejauhan Gunung Salak di wilayah kabupaten Bogor, Jawa Barat, arah utara membentang laut lepas dengan pulau-pulau kecil berserakan. Bila menoleh ke Barat membentang Bandara Soekarno-Hatta yang setiap waktu terlihat pesawat berlepas dan mendarat.

Dari pelataran puncak, 17 m lagi ke atas, terdapat lidah api, terbuat dari perunggu seberat 14,5 ton dan berdiameter 6 m, terdiri dari 77 bagian yang disatukan. Tinggi pelataran cawan dari dasar 17 m dan ruang museum sejarah 8 m. Luas pelataran yang berbentuk bujur sangkar, berukuran 45x45 m, merupakan simbolik angka keramat Pengistiharan Kemerdekaan Rebuplik Indonesia (17-8-1945).

KE BANDUNG

Selepas melawat Monas, kami terus berangkat ke Kota Bandung. Kami makan tengahari di pertengahan perjalanan di kawasan rehat lebuhraya.

Setiba di Kota Bandung, kami dibawa ke pusat membeli-belah Pusat Jean Cihampelas, Gedung Kasut Kulit Donatello dan Rumah Batik Danar Hadi Solo.

Kemudian makan malam di Restoran Seafood Parit 9.

Selepas makan malam, kami pun check-in di Hotel Guci, Bandung.

HARI KETIGA ( 09 Jun 2010)

Selepas sarapan di hotel, kami check-out dan terus dibawa ke pusat pelancongan Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu.

TANGKUBAN PARAHU

Tangkuban Parahu terletak kira-kira 30km dari Kota Bandung. Ia merupakan sebuah kawasan bekas gunung berapi. Tempat ini mempunyai cerita mitosnya yang tersendiri. Nama tangkuban perahu diambil daripada kisah sebuah perahu yang ditendang hingga perahu itu terbalik oleh Sangkuriang yang marah kerana hajatnya tidak kesampaian mengahwini Dayang Sumbi.

Kawasan ini, cuaca nya lebih kurang cuaca Cameron Highlang di Pahang atau Kundasan di Sabah. Kelihatan kebun-kebun sayur, pokok-pokok strawberry. Dalam perjalanan ke tempat ini, kami singgah di sebuah gerai yang menjual tauhu goreng. Tauhu gorengnya sedap, sebab baru goreng dan panas. Sambil itu juga, kami beli strawberry dan blue berry.

Apabila sampai dipuncak, kelihatan sudah ramai pengunjung. Kami bergambar untuk kenangan. Gunung berapi ini pernah meletup mengeluarkan lava disekitar tahun 1920an. Pada tahun 1992, tempat pernah ditutup beberapa hari kepada semua pengunjung kerana kawah nya mengeledak. Sekarang gunung ini tidak lagi aktif. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kawasan yang mengeluar asap/wap panas hasil ledakan belerang.

Selepas menikmati keindahan alam serta bergambar, kami dibawa makan tengahari kemudian ke pusat membeli-belah Pasar Baru. tengahari

KEMBALI KE JAKARTA

Kemudian kami dibawa ke Jakarta.

Dipertengahan perjalanan, kami berhenti untuk makan malam di Kawasan Rehat Lebuhraya.

Sampai di Jakarta, kami check-in di Hotel Triniti, Jakarta untuk penginapan.

HARI KEEMPAT (10 Jun 2010)

Selepas sarapan di hotel, kami check-out dan dibawa ke Pusat Beli-belah Mangga Dua.

Kemudian makan tengahari sebelum pergi ke Lapangan Terbang Jakarta untuk berangkat pulang ke Malaysia.

AIRPORT JAKARTA

Alhamdulillah, pesawat kami MH722 dan kami tiba di KLIA jam 21.30.

Tamat percutian kami. Semoga diberi rezeki untuk datang lagi.

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...