10 Jun 2010. Selepas sarapan pagi di Hotel Guci, kami check-out. Kemudian kami dibawa ke Taman Wasita Alam, Tangkuban Parahu iaitu sebuah tempat pelancongan di Bandung. Setiap pelancong yang datang ke Kota Bandung pasti akan dibawa ke tempat ini.
Tangkuban Parahu terletak kira-kira 30km dari Kota Bandung. Ia merupakan sebuah kawasan bekas gunung berapi. Tempat ini mempunyai cerita mitosnya yang tersendiri. Nama tangkuban parahu diambil daripada kisah sebuah perahu yang ditendang hingga perahu itu terbalik oleh Sangkuriang yang marah kerana hajatnya tidak kesampaian mengahwini Dayang Sumbi.
Kawasan ini, cuaca nya lebih kurang Cameron Highlang di Pahang atau Kundasan di Sabah. Kelihatan kebun-kebun sayur, pokok-pokok strawberry. Dalam perjalanan ke tempat ini, kami singgah di sebuah gerai yang menjual tauhu goreng. Tauhu gorengnya sedap, sebab baru goreng dan panas. Sambil itu juga, kami beli strawberry dan blue berry.
Apabila sampai dipuncak, kelihatan sudah ramai pengunjung. Kami bergambar untuk kenangan. Gunung berapi ini pernah meletup mengeluarkan lava disekitar tahun 1920an. Pada tahun 1992, tempat pernah ditutup beberapa hari kepada semua pengunjung kerana kawah nya mengeledak. Sekarang gunung ini tidak lagi aktif. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kawasan yang mengeluar asap/wap panas hasil ledakan belerang.
Terdapat juga gerai-gerai menjual cenderhati dan sewaan menunggang kuda.
LINK