Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aidilfitri

Salam Aidilfitri 2015

Lagu      : Pulanglah Artis      :   Aisyah Galeri Gambar : Kpg. Seri Desa,  Ayer Hitam, Kluang, Johor 1 Syawal 1436H ( 17 Julai 2015)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015

Hari kemenangan telah tiba Kedengaran sayup takbir bergema Tangan dihulur maaf dipinta Semoga terhapus segala dosa Maaf Zahir dan Batin Salam Aidifitri

Kenangan Raya 2014

Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia. Selamat Hari Raya  maaf zahir dan batin.

JAMUAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT JPPH

    Ibupejabat JPPH telah mengadakan Jamuan Hari Raya 2012 pada hari Jumaat 14 September 2012. Pelbagai gerai daripada setiap bahagian dan persatuan menyediakan juadah makanan seperti Nasi Arab, Mee/Meehoon Sup Tulang, Soto Ayam, Roti Jala Kuah Durian, Sate, Nasi Empit Kuah lodeh dan bermacam-macam buah-buahan. 

MALAM AIDILFITRI DI MTCJ

Hadir majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) pada 16 September 2012, selepas solat Isyak di perkarangan masjid. Dimajlis ini juga, meraikan 10 bakal haji dan hajjah kariah MTCJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti kata alu-aluan Nazir Masjid, Tuan Hj. Azman Idris. Konsep majlis ini, pihak masjid menjemput persatuan-persatuan penduduk, NGO, UKK, Rukun Tetangga dan Surau-surau menyediakan juadah dan makanan untuk jamuan ini. Pihak Masjid menyediakan empat ekor kambing panggang. Majlis ini diserikan lagi dengan alunan nasyid daripada KAFA, Hadrah MTCJ dan pertunjukan seni silat olahraga dari SK Taming Jaya.

HADIR MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DI PAID

  9 September 2012 - Hadir majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat bersama-sama dengan AJK Masjid Taman Cheras Jaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012

Ampun dan maaf andainya aku ini… Terkasar bahasa dalam bicara  Tersilap bicara semasa bersama Termarah yang tak kena tempatnya Tertanya tak tentu hala.. Tersasul yang tak sengaja Terpukul kat mana-mana Terpekik kuat di telinga Terhantuk terketuk di kepala Terpinjam terambil harta & benda Termoody tak semena-mena Terumpat bila ada cerita, Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima Termacam-macam yang kena-mengena.. ,, Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua, Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada Kerana aku masih bernama manusia Pastinya tak lepas membuat dosa Semoga dimaafkan, Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin ( pinjam dari Isu Hangat ) Sila klik

Majlis Jamuan Hari Raya PPPBCJ 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PPPBCJ di Padang Permainan Fasa 2B, Taman Cheras Jaya, Cheras, Selangor pada 25 September 2011. Penyanyi : SALOMA Lagu : SELAMAT HARI RAYA Maklumat lanjut (sila klik disini) .

Siti Nurhaliza - Suara Takbir

Berhari Raya di Felda Layang-layang, Simpang Renggam, Kluang, Johor pada Hari Raya Aidilfitri 1432H. .

ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFITRI

ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR RAMADHAN Menziarahi kubur pada hari terakhir Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya ( dan bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri) . PERMULAAN AIDILFITRI Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya: 1) Membanyakkan bacaan takbir Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah s.w.t: “ Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (s...