Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Adab

ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFITRI

ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR RAMADHAN Menziarahi kubur pada hari terakhir Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya ( dan bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri) . PERMULAAN AIDILFITRI Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya: 1) Membanyakkan bacaan takbir Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah s.w.t: “ Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (s...

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA

Tidur merupakan fitrah manusia bagi menghilangkan rasa mengantuk, menghasilkan kecergasan dan merehatkan minda, fizikal dan mental. Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Adab dan amalan yang baik sebelum tidur : Pertama : Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya. Kedua : Tidurlah dalam keadaan berwudhu. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita. Ketiga : Tidur berbaring pada sisi kanan. Keempat : Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlas , surat Al Falaq dan surat An Naas , masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Kelima : Membaca Ayat Kursi sebelum tidur. Keenam : Membaca do’a seb...