HARI KEDUA - 20 Janurai 2026
Aktiviti Hari Ini
- Sarapan pagi di hotel.
- Bermula dengan lawatan santai ke Big Wild Goose Pagoda Square
- Kemudian kunjungan ke Bell & Drum Tower Square
- Selepas lawatan, menaiki kereta api laju kelas kedua ke Lanzhou
- Setibanya di Lanzhou, kami dibawa menikmati street food halal tempatan di Zhengning Road Night Market
- Daftar masuk hotel.
Klip Video
1. SARAPAN DI HOTEL
Sarapan di hotel. Makan Salad & telur rebus.dan daftar keluar.
Selfie di hadapan hotel sebelum mulakan aktiviti hari ini.
2. GIANT WILD GOOSE PAGODA (DA YAN TA)
Giant Wild Goose Pagoda (Dayan Pagoda) ialah mercu tanda paling terkenal di Xi'an dan salah satu tapak bersejarah terpenting dalam sejarah penyebaran agama Buddha di China. Giant Wild Goose Pagoda terletak dalam kompleks Da Ci'en Temple, kira-kira 6 km di selatan pusat bandar Xi'an.
Pagoda Square di selatan Xian. Pagoda Square, Xi’an ialah kawasan pelancongan yang terkenal di sekitar Giant Wild Goose Pagoda (Da Yan Ta) dan merupakan salah satu mercu tanda paling ikonik di Xi’an.
Ketinggian Pagoda ini sekitar 64 meter dan mempunyai 7 tingkat. Pengunjung boleh menaiki tangga ke bahagian atas untuk melihat panorama bandar Xi'an.
Giant Wild Goose Pagoda dibina pada tahun 652 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Tang.
Ia diasaskan oleh sami terkenal Xuanzang yang kembali dari India membawa kitab-kitab Buddha. Pagoda ini digunakan untuk menyimpan dan menterjemah manuskrip Buddha yang dibawanya dari India.
Giant Wild Goose Pagoda mempunyai kawasan taman yang luas dan tenang.
3. ANCIENT CITY - BELL TOWER & DRUM TOWER
Lawatan sekitar Ancient City, Xian. Di sini terdapat Bell Tower, Drum Tower dan Muslim Quarter.
Ancient City Xi’an merupakan antara kawasan paling menarik untuk dikunjungi di Xi'an, khususnya bagi pelancong Muslim dari Malaysia.
i. Ancient City
Ancient City Wall Xi'an (Xi'an City Wall) ialah salah satu tarikan paling ikonik, merupakan tembok kota purba yang paling lengkap dan terbaik dipelihara di China. Ia mengelilingi pusat bandar lama Xi'an dan menjadi simbol sejarah bandar yang pernah dikenali sebagai Chang'an, ibu kota beberapa dinasti China.
Tembok Kota Xi'an, juga dikenali sebagai Kubu Xi'an, merupakan tembok kota paling lengkap yang terselamat di China. Tembok ini juga merupakan salah satu sistem pertahanan ketenteraan purba terbesar di dunia. Sebagai mercu tanda Xi'an, Tembok Kota berbentuk segi empat tepat yang sesuai dari pandangan udara, dengan pemandangan yang unik dan moden di kedua-dua belahnya, dan juga mengelilingi pusat kota.
Tembok Kota Xi'an dibina pada 1370 hingga tahun 1378 dan panjangnya sekitar 13.74 kilometer (8.5 batu). Ia mempunyai bilangan Pintu sebanyak 18 pintu dengan 4 pintu utama dalam arah kardinal/bertentangan.
4 Pintu yang paling popular ialah:
- Yongning Gate (South Gate)
- Anding Gate (West Gate)
- Changle Gate (East Gate)
- Anyuan Gate (North Gate)
Yongning Gate ialah pintu masuk yang paling cantik dan sering menjadi pilihan pelancong.
ii. Bell Tower (Zhonglou) Xian
Bell Tower of Xi'an ialah mercu tanda paling terkenal di pusat bandar Xi'an dan terletak di tengah-tengah Ancient City. Menara ini berdiri di persimpangan empat jalan utama bandar lama dan menjadi titik rujukan utama pelancong.
Mingikut sejarah, ia dibina pada tahun 1384 semasa Dinasti Ming. Pada asalnya terletak di lokasi lain sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang pada tahun 1582. Ia digunakan untuk membunyikan loceng besar sebagai penanda waktu pada waktu pagi.
Bell Tower mempunyai ketinggian sekitar 36 meter. Ia merupakan seni bina tradisional China yang sangat cantik. Di sini ditempatkan loceng gangsa besar dan pameran sejarah Xi'an.
iii. Drum Tower (Gulou) Xi'an
Drum Tower of Xi'an ialah salah satu bangunan bersejarah paling terkenal di Xi'an dan terletak hanya kira-kira 500 meter dari Bell Tower of Xi'an.
Pada zaman dahulu, Bell Tower digunakan untuk menandakan waktu pagi, manakala Drum Tower digunakan untuk menandakan waktu malam.
Ia dibina pada tahun 1380 semasa Dinasti Ming. Kini telah berusia lebih 640 tahun. Drum Tower merupakan antara menara gendang terbesar dan terbaik dipelihara di China.
Drum Tower mempunyai ketinggian sekitar 34 meter dan menempatkan pelbagai gendang tradisional China. Di sini juga terdapat pameran sejarah dan budaya Xi'an. Seni bina kayu tradisional Drum Tower sangat mengagumkan.
Salah satu tarikan utama ialah persembahan gendang tradisional China yang diadakan beberapa kali sehari. Persembahan ini memperlihatkan cara gendang digunakan untuk menandakan masa dan acara rasmi pada zaman dahulu.
iv. Muslim Quarter (Huimin Street) Xi'an
Muslim Quarter (Huimin Street) ialah kawasan paling terkenal di bandar lama Xi'an, terletak berhampiran Drum Tower. Kawasan ini merupakan pusat komuniti Muslim Hui yang telah wujud sejak zaman Laluan Sutera (Silk Road).
Tarikan utama di Muslim Quarter (Huimin Street) adalah jalan pejalan kaki yang dipenuhi gerai makanan halal. Di sini suasana sangat meriah terutama pada waktu petang dan malam. Ada pelbagai kedai cenderamata, makanan tradisional dan kraftangan.
Kawasan ini terletak berhampiran Drum Tower of Xi'an dan merupakan destinasi wajib bagi pelancong Muslim. Kawasan ini juga berdekatan dengan Great Mosque of Xi'an, salah satu masjid tertua dan paling unik di China.
4. ZHEMALI MUSLIM RESTAURANT, XIAN
Makan Tengahari di Zhemali Muslim Restaurant, Xian. Zhemali Restaurant ialah restoran Cina di Xi’an, berhampiran kawasan pusat bandar dan dekat beberapa tarikan utama seperti Bell Tower dan Muslim Quarter.
Zhemali Restaurant ialah salah satu restoran halal yang terkenal di kawasan Dapiyuan, berhampiran Muslim Quarter di Xi'an. Restoran yang berada di lorong-lorong Muslim Quarter ini popular dalam kalangan penduduk tempatan Hui dan pelancong yang ingin mencuba masakan halal gaya Xi'an.
Terdapat beberapa menu yang sering disyorkan seperti :
- Yangrou (hidangan kambing gaya Xi'an)
- Daging lembu atau kambing tumis pedas
- Terung masak merah (Hongshao Qiezi)
- Sup tomato dan telur
- Pelbagai hidangan tradisional Hui dan Shaanxi.
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke masjid untuk solat Jamak Zohor dan Asar.
5. MASJID DONGXIN, XIAN
Masjid Dongxin (Dongxinjie Mosque) ialah salah satu masjid yang digunakan oleh komuniti Muslim di Xi'an. Masjid ini terletak di kawasan pusat bandar dan di sebelah timur Muslim Quarter, dalam tembok kota. Masjid ini lebih kerap digunakan oleh penduduk tempatan berbanding pelancong.
Masjid moden lima tingkat ini dibuka semula pada tahun 2013 selepas pembinaan semula tapak asal. Ia boleh menampung kira-kira 600 jemaah dan mempunyai keluasan sekitar 3,763 meter persegi. Seni bina lebih moden berbanding Great Mosque of Xi'an yang berusia lebih 1,000 tahun. Seni bina masjid ini menggabungkan unsur tradisional Cina dan Islam, seperti kebanyakan masjid lama di China.
Masjid ini digunakan untuk solat fardu harian, Solat Jumaat dan aktiviti komuniti Muslim setempat. Masjid Dongxin juga sesuai untuk menunaikan solat jika kita berada di kawasan timur pusat bandar Xi'an.
Kami menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Dongxin, Xian.
Selepas lawatan dan solat, kami bergerak menuju Stesen Keretapi Xian (Utara) untuk ke Lanzhou.
6. XIAN NORTH RAILWAY STATION
Xi'an North Railway Station ialah stesen kereta api laju utama di Xi'an dan antara hab kereta api berkelajuan tinggi terbesar di China Barat.
Di Stesen Keretapi Xian. Kami akan menaiki Speed Train, Kelas Kedua untuk ke Lanzhou.
Perjalanan ke Lanzhou mengambil masa 3 jam.
Menikmati permandangan dalam perjalanan ke Lanzhou.
Selamat sampai jam 6.15pm di Stesen Keretapi Lanzhou.
7. LANZHOU WEST RAILWAY STATION
Lanzhou West Railway Station ialah stesen kereta api laju (High-Speed Rail) utama di bandar Lanzhou dan merupakan hab pengangkutan terbesar di wilayah Gansu. Kebanyakan tren laju ke Xi'an, Beijing, Shanghai, Xining dan Urumqi beroperasi dari sini.
Stesen ini terletak di daerah Qilihe, Lanzhou. Ia dibuka pada 26 Disember 2014 dan mempunyai 13 platform dan 26 landasan.
8. GUAN GUOHUA RESTAURANT
Dinner. Menu utama, Mi Sup Daging.
Mi Sup Daging Lanzhou (Lanzhou Beef Noodles) ialah hidangan paling terkenal dari bandar Lanzhou. Ia berasal daripada masyarakat Muslim Hui dan secara tradisinya adalah makanan halal.
Ciri-ciri utama :Mi Sup Daging Lanzhou :
- Mi ditarik dengan tangan (lamian) sehingga menjadi panjang dan kenyal.
- Sup tulang daging lembu yang jernih tetapi kaya rasa.
- Hirisan daging lembu yang lembut.
- Lobak putih, daun ketumbar dan daun bawang.
- Minyak cili merah sebagai penambah rasa.
Orang Lanzhou sering menggambarkan semangkuk mi ini dengan konsep:
"Satu jernih, dua putih, tiga merah, empat hijau, lima kuning"
- Sup jernih
- Lobak putih
- Minyak cili merah
- Herba hijau
- Mi kuning keemasan
Bagi pelancong Muslim di Lanzhou, cari papan tanda "清真" (Qingzhen) yang bermaksud halal. Kedai mi daging Lanzhou yang asli biasanya mematuhi kaedah penyediaan halal masyarakat Hui.
9. ZHENGNING ROAD MARKET, LANZHOU
Jalan-jalan di Zhengning Road Market, Lanzhou.
Zhengning Road Market adalah pasar malam makanan (night food market) yang hidup selepas senja dengan deretan gerai makanan tradisional China Barat Laut.
Road Market ini terletak di Zhengning Road, Chengguan District, Lanzhou, Gansu, China. Jalan yang popular ini, penuh dengan gerai makanan, tak jauh dari kawasan pusat bandar Lanzhou. Gerai-gerai makanan biasanya berbaris sekitar 200–300 meter di sepanjang jalan, menyediakan pelbagai snack dan hidangan tempatan. Waktu operasi, biasanya dibuka setiap malam dari jam 18:00 hingga 02:00 (beroperasi lewat malam). Kemeriahan sekitar jam 19:00 hingga 23:00 dengan ramai pengunjung berkunjung ke sini, membeli-belah, makan-makan dan santai.
Ia merupakan salah satu tarikan utama untuk mencuba masakan tempatan autentik Lanzhou dan tempat di mana penduduk tempatan serta pelancong berkumpul untuk makan dan bersosial.
OUZI INTERNATIONAL HOTEL LANZHOU
Ouzi International Hotel ini terletak di No. 188 Binhe West Road, berhampiran Yellow River Building iaitu bedekatan dengan Sungai Kuning di Daerah Qilihe, Lanzhou. Hotel ini bertaraf hotel 4 bintang yang dibuka pada tahun 2025 merupakan hotel baharu dengan kemudahan moden dengan bilik pintar (smart room). Dari sini kita boleh melihat pemandangan Sungai Kuning dan Yellow River Building dari beberapa bilik.
Tamat aktiviti hari kedua.
LINK























































Comments