Skip to main content

TRIP 7H5M Xian, Lanzhou & Danxia Rainbow Mountain, China - Day 6 dan Day 7

HARI KEENAM - 24 Janurai 2026

Aktiviti Hari Ini

  1. Sarapan pagi dan daftar keluar.
  2. Lawatan ke Terracotta Warriors & Horses Museum.
  3. Temu Mr Yang Zhifa - Orang yang menjumpai serpihan terracotta warrior.
  4. Makan tengahari restoran sekitar Terracotta Wattior Museum
  5. Solat di Great Mosque 
  6. Lawatan ke Gao’s Courtyard
  7. Dinner di Jin Xiang Qiang Guo Yu.
  8. .Ke Airport Xian untuk pulang ke Malaysia 
  9. Bermalam di Xian

HARI KETUJUH - 25 Janurai 2026

  1. Tiba di KLIA2

Klip Video

Sila klik untuk menonton klip video tersebut.

1. HOTEL HOLIDAY INN EXPRESS, XIAN

Breakfast di Hotel Holiday Inn Express, Xian. Makan Salad & Telur Rebus aje.

Hari ini kami akan melawat Terracotta Warrior Museum, Muslim Quarter Street, Gaos Courtyard & Shopping.

2. TERRACOTTA WARRIORS & HORSES MUSEUM, XIAN

Emperor Qinshihuang's Mausoleum Site Museum (秦始皇帝陵博物院) ialah salah satu tapak arkeologi paling terkenal di dunia dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kompleks ini terletak di Daerah Lintong, Xi'an, kira-kira 40 km di timur pusat bandar Xi'an. Ia meliputi kawasan makam Maharaja Qin Shi Huang serta Muzium Tentera Terracotta.

Terracotta Warriors & Horses Museum adalah muzium rasmi yang menempatkan Tentera Terracotta dan salah satu Warisan Dunia UNESCO serta tarikan nombor 1 di Xi’an.

Muzuim ini terletak di Lintong District iaitu lebih kurang 40 km dari pusat bandar Xi’an. Ia juga berdekatan dengan Makam Maharaja Qin Shi Huang. Asal cerita Terracotta Army (Tentera Terracotta) di mana ia bermula pada zaman Dinasti Qin, kira-kira lebih 2,200 tahun yang lalu sekitar abad ke-3 SM, di Xi’an, China.

Tentera Terracotta ialah ribuan patung askar tanah liat bersaiz manusia sebenar yang dibina lebih 2,200 tahun lalu untuk menjaga makam Maharaja Qin Shi Huang, maharaja pertama China. Tentera Terracotta ini merupakan salah satu keajaiban dunia di mana terdapat lebih 8,000 patung askar tanah liat menjaga makam Maharaja Qin Shi Huang. Setiap patung, muka berbeza (tiada yang sama) dengan pakaian, gaya rambut dan senjata juga unik. Terdapat pelbagai askar,  ada jeneral, ada pemanah dan ada yang berkuda.

Tapak Tentera Terracotta boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama: Muzium Tentera Terracotta dan Makam Maharaja Qin Pertama.

Lubang 1, yang terbesar daripada tiga lubang, mengandungi beribu-ribu pahlawan terakota bersaiz sebenar dan kuda yang disusun dalam formasi pertempuran. Skala dan susunannya benar-benar menakjubkan. Ketibaan awal membantu anda mengelakkan orang ramai dan menghargai postur dan ekspresi pahlawan yang berbeza.

Lubang 2 ini menampilkan empat unit tentera berbeza yang disusun dalam formasi berasingan, termasuk pemanah berlutut, pegawai berpangkat tinggi, kuda berpelana, dan askar berkuda. Ia merupakan tempat yang bagus untuk melihat dengan lebih dekat perincian luar biasa setiap figura.

Lubang 3 lebih kecil tetapi penting, Ia dianggap sebagai pusat arahan tentera. Di sini, anda akan menemui figura yang lebih sedikit tetapi lebih halus, yang menawarkan wawasan tentang kepimpinan strategik tentera purba. Ini juga merupakan kawasan di mana anda boleh mengambil gambar dengan replika pahlawan yang hampir menyerupai yang asal.

Di muzium ini dianggarkan terdapat lebih 8,000 patung dengan setiap muka patung adalah  berbeza. Setiap patung diukir ikut askar sebenar dengan pangkat & gaya rambut ikut hierarki tentera Qin. Manakala senjata (pedang, tombak) ikut spesifikasi sebenar.

Selepas lawatan Terracotta Warriors & Horses Museum, kami bergerak ke Emperor Qinshihuang's Mausoleum Site Museum untuk bertemu dengan Mr Yang Zhifa, orang yang menemui serpihan patung-patung tersebut.

3. BERTEMU MR YANG ZHIFA DAN KEDAI CENDERAHATI

Melawat dan berjumpa Mr Yang Zhifa di Kedai Cenderahati, Emperor Qinshihuang's Mausoleum Site Museum.

Mr. Yang Zhifa (杨志发), beliau ialah petani tempatan dari Lintong, Xi’an yang mula-mula terjumpa serpihan patung Terracotta secara tidak sengaja semasa menggali perigi pada tahun 1974 semasa musim kemarau.

Sebab nama keluarga dia Yang, orang Barat kadang-kadang sebut/terjemah jadi “Mr Young” (bunyi hampir sama).

Beliau tidak mempunyai pejabat rasmi yang boleh dilawati oleh orang awam. Namun, selama bertahun-tahun beliau bertugas di kedai cenderamata rasmi di Emperor Qinshihuang's Mausoleum Site Museum, di mana beliau sering menandatangani buku dan bergambar dengan pelawat.

Dahulunya, beliau sering berada di kedai cenderamata rasmi muzium, tetapi kini kehadiran beliau tidak dijamin setiap hari, kerana bergantung kepada jadual dan faktor kesihatan beliau.

Melawat koleksi cenderahati dan patung terracotta di kedai cenderahati muzium..

4. LUNCH

Lunch dengan hidangan menu :

1. Biang Biang Noodles (Mi Lebar) disajikan dengan daging kambing/lam atau daging lembu dan rempah pedas.

2. Sate – lamb atau beef yang dipanggang dengan rempah; dan

3. Roujiamo – “burger” Cina dengan daging halal.

5. GREAT MOSQUE, XIAN

Great Mosque Xi’an (Masjid Besar Xi’an) merupakan salah satu masjid tertua dan paling unik di China. Rupanya seakan kuil Cina, tetapi fungsinya masjid Islam sepenuhnya.

Ia terletak dalam Muslim Quarter (Hui Min Jie) dan senang berjalan kaki dari Drum Tower. Masjid ini dibina sekitar tahun 742M (semasa Dinasti Tang) dan diperluas pada zaman Song, Yuan & Ming. Usianya lebih 1,300 tahun. Ia menjadi bukti awal kedatangan Islam ke China melalui pedagang Arab & Parsi (Silk Road).

Seni Binanya unik, tiada kubah & menara ala Timur Tengah. Masjid ini dengan gaya kuil Cina klasik (bumbung melengkung, halaman bertingkat) dengan tulisan Arab + Cina.

>

Solat Jamak Zohor & Asar di Great Mosque Xian.

6. BERSIAR DI MUSLIM QUARTER STREET

Muslim Quarter Street (Huímín Jiē) adalah satu  kawasan paling “hidup” di Xi’an. Ia merupakan tempat syurga makanan halal dan budaya Muslim Hui. Ia terletak betul-betul dekat Drum Tower dan Great Mosque Xi’an.

Antara yang paling popular :

1. Yangrou Paomo (sup roti koyak kambing)

2. Roujiamo (burger Cina – daging lembu/kambing)

3. Biangbiang noodles (pastikan halal shop)

4. Lamb skewers (Chuan’r) 

5. Persimmon cake (Shi Zi Bing) 

6. Pomegranate juice 

Tip penting: Banyak kedai halal, tetapi tetap cari tulisan “清真 (Qingzhen)” yang bermaksud halal.

7. TEA TIME

Tea time. Rehat sebentar sambil menikmati teh terkenal China dengan kuih-kuih buatan tempatan setelah bersiar-siar sekitar di Muslim Quarter Street, sementara nak makan malam.

8. GOA'S COURTYARD, XIAN

Gao's Courtyard terletak di dalam kawasan Muslim Quarter dan berdekatan sangat dengan laluan jalan makan-makan.

Gao’s Courtyard (Gao Jia Da Yuan)  merupakan salah satu tempat “hidden gem” dalam Muslim Quarter Xi’an. Ia merupakan rumah tradisional lama yang cantik, siap ada pertunjukan budaya Shadow Puppetry (Wayang Kulit China).

Seni bina Courtyard klasik dengan gaya rumah orang kaya zaman dulu, Di sini ada beberapa halaman (courtyard) yang bersambung dan berukiran kayu serta pintu gerbang tradisional.

Biasanya orang singgah di sini sebab hendak melihat courtyard klasik Dinasti Ming/Qing dan hendak melihat wayang kulit serta persembahan rakyat Shaanxi. Biasanya persembahanya ringkas (lebih kurang 20–40 minit bergantung sesi).

9. ZHEMALI MUSLIM RESTAURANT

Dinner di Zhemali Muslim Restaurant.

Menikmati makan malam , sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk ke Malaysia.

10. AIRPORT  XIAN

Hari ini adalah hari terakhir percutian kami iaitu pakej Xian, Lanzhou, Linxia dan Zhangye selama 7 hari 5 malam. Percutian yang memberi pengalaman baru bagi kami. Terima kasih buat Tour guide dan Tour Leader yang sporting memberi perkhidmatan yang terbaik buat kami.

Penerbangan kami dijadual pada jam 12.30am dan dijangka tiba di KLIA 2 pada jam 6.00am. Semoga dipermudah dan selamat sampai di tanah air.

HARI KETUJUH - 25 Janurai 2026

Selamat tiba di KLIA2, menandakan tamatnya perjalanan yang penuh dengan penerokaan sejarah, pengalaman budaya, dan keindahan alam semula jadi di Xi’an, Lanzhou, Linxia dan Zhangye.

Membawa pulang kenangan yang indah tentang warisan dan keunikan China.

Tamat aktiviti hari keenam dan hari ketujuh.

Tamat pakej pelancongan, semoga diberi rezeki untuk melawat ke luar negara lagi.



LINK





Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...