HARI KETIGA - 21 Janurai 2026
Aktiviti Hari Ini
- Bermula dengan lawatan ke Linxia
- Kunjungan ke Eight-Block Thirteen-Lane, Linxia
- Makan Tengahari di Ersa Mutton Food Palace, Linxia
- Solat di Masjid Laohua, Linxia
- Selepas solat, bergambar di Linxia Grand Theater
- Kemudian bergerak pulang ke Lanzhou dan shopping di XiaoXiHu Wholesale Maerket, Lanzhou
- Makan malam di Restaurant Jinyuehua, Lanzhou
Klip Video
1. OUZI INTERNATIONAL HOTEL, LANZHOU
Ouzi International Hotel ialah hotel 4 bintang yang dibuka pada tahun 2025 di daerah Qilihe, Lanzhou. Hotel ini terletak di tebing Sungai Kuning (Yellow River) dan berhampiran kawasan pelancongan terkenal seperti Yellow River Building serta Lanzhou Old Street.
Hotel ini sesuai untuk pelancong Muslim yang ingin mengunjungi kawasan Sungai Kuning dan Yellow River Building termasuk pengunjung yang tiba melalui Lanzhou West Railway Station. Ia juga sesuai uktuk keluarga yang memerlukan bilik luas dan hotel baharu.
Selepas sarapan, kami bergerak ke bandar Linxia,yang digelar China’s Little Mecca, terkenal dengan komuniti Muslim dan sejarah Islamnya yang panjang sejak Dinasti Tang. Dari Lanzhou kami menaiki van ke Linxia. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam masa perjalanan (atau sejauh 150km dari Lanzhou).
2. LINXIA
Linxia ialah sebuah bandar dan wilayah autonomi Hui di selatan wilayah Gansu, China, kira-kira 150 km dari Lanzhou. Kawasan ini terkenal sebagai pusat budaya dan agama masyarakat Islam Hui di China. Linxia sering digelar "Little Mecca of China" (Mekah Kecil China) kerana sejarah Islamnya yang panjang. Linxia merupakan bandar Islam paling kuat di China.
Walaupun Linxia mungkin tidak berada di laluan yang biasa dikunjungi, ia adalah permata sebenar bagi mereka yang mencari pertemuan asli dengan budaya Muslim Cina. Linxia sesuai untuk pelancong Muslim dan pencinta budaya, santai dan tidak terlalu rushing.
Linxia dikelilingi oleh Sungai Kuning dan Gunung Taizi. Di sini terdapat ukiran bata dan ukiran kayu dengan daya tarikan etnik Hui, aura gua Buddha berusia ribuan tahun, dan keluasan padang rumput tersembunyi.
Biasanya pelancong datang dari Xian atau Zhangye. Dari Xian atau Zhangye, mereka akan menaiki bullet train ke Lanzhou lebih kurang 3 jam. Dari Lanzhou menaiki bas atau kereta ke Linxia juga lebih kurang 3 jam masa perjalanan.
2.1 Tempat Menarik di Linxia
Antara tempat menarik di Linxia adalah :
- Masjid Laohua
- Masjid Namguan
- Eight Block Thirten Lane
- Linxia Grand Theater
- XiaoXiHu Market
2.2 Antara restoran halal yang popular berhampiran Bafang Shisan Xiang
- Ersa Hand-Grabbed Mutton Food Palace
- Teng Shun Xiang Halal Restaurant
- Baihua Jiayuan Ecological Restaurant
- Mazhong Sixiang Beef Noodles
- Ma Laoliu Hand-Pulled Noodles
- Hezhou Flavor Restaurant
- Dongxiang Roast Lamb Restaurant
- Bafang Taste Food Court
- Hezhou Gaiwan Tea House
2.3 Makanan Popular di Linxia
Apabila kita sampai di Linxia, kita mesti mencuba makanan halal iaitu :
- Lamian (mee tarik tangan)
- Daging kambing panggang
- Baozi daging halal; dan
- Satay Cina Muslim
3. EIGHT BLOCK THIRTEEN LANE, LINXIA
Kawasan ini terbentuk sejak Dinasti Tang sebagai pusat kediaman pedagang dan ulama dari tempat jauh seperti Arab dan Parsi yang datang melalui Laluan Sutera. Ia berkembang menjadi kawasan di mana mereka hidup di sekitar masjid dan berniaga di sekitar dataran, mencerminkan hubungan kuat antara agama, perdagangan dan kehidupan seharian masyarakat Hui.
Seni bina di sini menggabungkan ukiran bata Hui, ukiran kayu Han, dan lukisan berwarna Tibet, mencerminkan keragaman etnik dan budaya yang berintegrasi.
Eight-Block Thirteen-Lane ialah sebuah daerah sejarah dan budaya yang terkenal di Bandar Linxia, Wilayah Gansu, China. Kawasan bersejarah ini terkenal dengan gabungan unik gaya seni bina Hui, Han, dan Tibet dengan ukiran bata yang rumit. Sejarah pelbagai budaya yang kaya serta mencerminkan kepelbagaian etnik tempatan telah menjadi sebab utama pelancong mengunjungi Linxia.
4. ERSA MUTTON FOOD PALACE, LINXIA
Ersa Hand-Grabbed Mutton Food Palace merupakan antara restoran halal paling terkenal di Linxia, wilayah Gansu. Restoran ini dikenali dengan hidangan istimewa Shou Zhua Yang Rou iaitu daging kambing rebus yang dimakan menggunakan tangan, satu makanan tradisional masyarakat Hui dan Dongxiang di Linxia.
Antara restoran paling popular untuk menikmati kambing tradisional Linxia. Keistimewaan restoran ini adalah daging kambing Dongxiang. Ia terkenal kerana teksturnya yang lembut dan kurang berbau hamis.
Restoran ini sering menjadi pilihan pelancong yang ingin merasai masakan halal asli Gansu.
5. MASJID LAOHUA, LINXIA
Masjid Laohua merupakan salah satu masjid tertua dan paling bersejarah di bandar Linxia, Wilayah Gansu. Ia dibina pada tahun 1368, pada awal Dinasti Ming dan masih berfungsi sebagai masjid sehingga hari ini.
Masjid ini terletak di kawasan Xinxi Road (New Western Street), pusat penempatan tradisional masyarakat Hui Muslim di Linxia. Senibinanya menggabungkan gaya masjid Islam dengan bumbung tradisional China.
Masjid Laohua merupakan salah satu mercu tanda komuniti Hui Muslim yang menjadikan Linxia terkenal sebagai "Little Mecca of China". Kawasan sekelilingnya merupakan pusat kejiranan Muslim lama dengan beberapa masjid bersejarah lain yang terletak berdekatan.
Hari ini kami berpeluang menunaikan solat Jumaat di masjid ini.
6. LINXIA GRAND THEATER
Selesai solat di Masjid Laohua, kami dibawah Linxia Grand Theater. Di sini, kami hanya singgah untuk bergambar sebagai kenangan.
Teater Besar Linxia (sering dipanggil Teater Besar Kebangsaan Linxia) ialah tempat kebudayaan dan seni persembahan utama yang terletak di kawasan bandar baharu yang dirancang di Bandar Linxia di Wilayah Gansu, China.
Linxia Grand Theater merupakan mercu tanda moden paling ikonik di bandar Linxia, Wilayah Gansu. Bangunan ini terletak di kawasan bandar baharu Linxia di tepi Sungai Daxia dan sering menjadi simbol bandar tersebut.
Seterusnya kembali ke Lanzhou setelah selesai melawat Linxia.
7. XIAO XI HU WHOLESALE, LANZHOU
Sampai di Lanzhou, kami dibawa ke XiaoXiHu Market untuk membel-belah.
Xiaoxihu Wholesale Market ialah sebuah pasar borong terkenal di kawasan Xiaoxihu (Little West Lake), Daerah Qilihe, Lanzhou, Wilayah Gansu. Pasar ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk membeli pakaian, kasut, aksesori, barangan rumah dan pelbagai keperluan harian pada harga borong.
Di sini kita boleh membeli barang-barang seperti buah-buahan & sayur-sayuran segar, barangan keperluan harian, dan makanan tempatan dalam suasana pasar tradisional keluar masuk penduduk tempatan.
Di kawasan ini, kita boleh berjalan-jalan membeli-belah sambil menikmati pemandangan dan mencari makanan ringan tempatan.
8. RESTAURANT JINYUEHUA, LANZHOU
Pulang ke Ouzi International Hotel untuk penginapan.
Tamat aktiviti hari ketiga.
LINK







































Comments