HARI KELIMA - 23 Janurai 2026
Aktiviti Hari Ini
- Sarapan pagi dan daftar keluar.
- Menaiki bullet train Zhangye ke Xian.
- Sampai Stesen Keretapi Xianbei.
- Solat di Masjid Dongxin, Xian
- Dinner di Jin Xiang Qiang Guo Yu.
- .Great Tang All Day Street
- Bermalam di Xian
1. ZHANGYE WEST RAILWAY STATION
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian kami dibawa ke Stesen Keretapi Zhangye untuk kembali ke Xiaan.
Kami menaiki kereta api laju (High-Speed Rail) dari Zhangye West Railway Station ke Xi'an North Railway Station. Train bergerak pada jam 9.09am dan dijangka tiba jam 3.45pm. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam 37 minit.
2. PERMANDANGAN PERJALANAN ZHANGYE - XIAN
3. XIAN NORTH RAILWAY STATION
Xi'an North Railway Station (Xi'an Bei Zhan), iaitu stesen kereta api laju utama di bandar Xi'an.
Selamat sampai di Stesen Keretapi Xianbei setelah lebih 6 jam perjalanan dari Stesen Keretapi Zhangye.
4. MASJID DONGXIN, XIAN
Solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Dongxin, Xian. Kami pernah singgah di masjid ini pada hari kedua semasa lawatan sekitar Xian.
Dongxin Street Mosque, Xi’an, China merupakan ssaah satu masjid paling terkenal dan mudah dikunjungi di Xi’an, terletak di kawasan Muslim Quarter.
5. XIANG QIANG GUO YU RESTAURANT, XIAN
Dinner di Jin Xiang Qiang Guo Yu. Setelah dinner, kami dibawa melawat Great Tang All Day Street.
6. GREAT TANG ALL DAY STREET (DATANG EVERBRIGHT CITY)
Datang Everbright City lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Great Tang All Day Mall di Xi’an, China.
Great Tang All Day Mall merupakan salah satu destinasi budaya dan komersial paling terkenal di Xi’an. Ia merupakan jalan pejalan kaki dan pusat budaya yang besar serta boleh diakses secara percuma. Ia menggabungkan seni bina dan pameran budaya yang diinspirasikan oleh Dinasti Tang.
Ia terletak di Daerah Baru Qujiang, Daerah Yanta, Xi’an, Wilayah Shaanxi. Lebih tepat, ia terletak di selatan Pagoda Angsa Liar Gergasi (Giant Wild Goose Pagoda) iaitu salah satu mercu tanda ikonik Xi’an. Untuk lebih mudah, boleh dikunjungi melalui Laluan Metro Xi’an 3 (Stesen Dayanta) atau bas tempatan.
Di sini kita dapat melihat senibina & arca gaya Tang iaitu unsur seni bina tradisional Dinasti Tang, arca maharaja, penyair, sami dan tokoh sejarah lain. Terdapat empat Dataran Utama iaitu Pagoda Angsa Liar Besar Dataran Utara, Dataran Xuanzang, Dataran Zhenguan dan Dataran Era Baharu di mana setiap satu dengan tema dan pameran budaya tersendiri.
Tempat-tempat kebudayaan seperti Dewan Konsert Xi’an, Rumah Opera Shaanxi, Muzium Seni Xi’an dan kompleks filem/teater disepadukan ke dalam daerah ini.
Gabungan kedai cenderahati, gerai makanan istimewa tempatan, kafe, restoran dan kedai runcit moden serta pentas hiburan moden.. Pada waktu malam, jalan ini diterangi dengan indah dan sering menampilkan paparan pancutan muzik dan persembahan jalanan yang menarik orang ramai.
7. HOTEL HOLIDAY INN EXPRESS, XIAN
Setelah lawatan ke Great Tang All Day Street, kami dibawa pulang ke Hotel Holiday Inn Express, Xian untuk penginapan. Hotel yang sama kami menginap semasa tiba di Xian tempoh hari.
Tamat aktiviti hari kelima.
LINK






































Comments