HARI PERTAMA - 18 JANUARI 2026
Aktiviti Hari Ini
- Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, 3 jam sebelum berlepas.
- Naik penerbangan ke Xi’an.
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Xi’an Xianyang.
- Berpindah ke hotel dan daftar masuk.
- Bermalam di hotel.
Klip Video
1. KLIA2
Berkumpul di KLIA2 pada jam 3.00 ptg untuk penerbangan ke Xi’an, China. Pada asalnya pakej kami seramai 14 orang tetapi pada saat akhir satu keluarga menundakan pemergian ke Xian ke bulan Februari 2026, maka tinggallah kami berenam (atau 3 pasang) bersama tour leader sahaja. Tour leader kami adalah Cik Nur Hadirah.
Kami diberi taklimat ringkas oleh Cik Nur Hairah, wakil agen pelancongan.
Kami menaiki AirAsia X dari dari KLIA Terminal 2 (KLIA2) ke Xi'an, China. Penerbangan ini adalah penerbangan terus (direct flight) yang dikendalikan oleh AirAsia X. AirAsia X menjadi antara syarikat penerbangan yang menawarkan laluan terus Kuala Lumpur–Xi'an.
Penerbangan kami dengan AirAsia X D7 437 pada jam 6.00 ptg. Penerbangan kami mengambil masa kira-kira 5 jam 20 minit dan kami selamat tiba di Xi'an Xianyang Airport.
2. XI'AN XIANYANG AIRPORT (XIY)
Selamat mendarat di Xian Xianyang Airport, Terminal 5 pada jam 11.15pm, selepas lebih kurang 5 jam penerbangan dari KLIA2.
Terminal 5 (T5) ialah terminal baharu dan paling moden di Xi’an Xianyang Airport. Ia dibuka pada tahun 2024.
Xi'an Xianyang International Airport terletak kira-kira 40 km dari pusat bandar Xi'an. Dari lapangan terbang kita boleh menggunakan Metro Xi'an, bas lapangan terbang atau teksi untuk ke bandar.
Setibanya di airport, kami disambut oleh wakil pelancongan tempatan atau tour guide dan seterusnya kami dibawa ke hotel untuk penginapan.
3. HOTEL HOLIDAY INN EXPRESS, XIAN
Lapangan Terbang Antarabangsa Xi’an Xianyang ke hotel lebih kurang sejauh 21 km sahaja.
Perjalanan dari Airport ke hotel mengambil masa 40 minit.
Kami menginap di Holiday Inn Express Xi’an Daxing. Hotel ini adalah sebuah hotel jenama Holiday Inn Express (di bawah IHG) yang terletak di Daerah Lianhu, Xi’an, China. Hotel sangat sesuai sebagai tempat penginapan ketika melancong di Xi’an.
Hotel ini berada di bahagian selatan-barat Daxing East Road dan Taoyuan North Road, berdekatan Fenghe Wanda Plaza, Taiao Plaza, Fangsuo Bookstore dan G Park, kawasan urban yang ada banyak pilihan beli-belah dan restoran.
Check-in Hotel Holiday Inn Express, Xian Acient Town. Selepas daftar masuk, berehat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
Bermalam di Xi’an.
Tamat aktiviti hari pertama.
LINK









Comments