HARI KEEMPAT - 22 Janurai 2026
Aktiviti Hari Ini
- Sarapan pagi dan daftar keluar.
- Menaiki bullet train ke Zhangye
- Restoran Ersashouzhua, Zhangye.
- Bergambar di Masjid Zhangye
- Melawat tarikan paling ikonik di wilayah Gansu iaitu Zhangye Danxia National Geological Park (Rainbow Mountains).
- Bermalam di Zhangye
1. LANZHOU WEST RAILWAY STATION
Selepas sarapan pagi di hotel, kami daftar keluar. Hari ini kami bergerak menuju Stesen Keretapi Lanzhou. Kami akan menaiki bullet train ke Zhangye.
Stesen ini dibuka pada tahun 2014. Stesen ini mempunyai kemudahan ruang menunggu yang luas, mesin layan diri tiket, kaunter tiket, restoran, kedai serbaneka, tandas moden, lif dan eskalator, serta sambungan ke Metro Lanzhou.
Jika kita ingin ke Zhangye dari Lanzhou, stesen utama yang digunakan ialah Lanzhou West Railway Station bukannya stesen Lanzhou lama. Kebanyakan kereta api laju (High-Speed Rail) ke Zhangye berlepas dari sini.
Perjalanan dari Lanzhou ke Zhangye adalah laluan ini sangat popular untuk pelancong yang nak ke Zhangye Danxia Landform. Jarak perjalanan dari Stesen Lanzhou ke Stesen Zhangye lebih kurang 500km dan mengambil masa lebih kurang 2jam 45 minit.
2. PERMANDANGAN DARI LANZHOU KE ZHANGYE
Perjalanan dengan kereta api laju dari Lanzhou ke Zhangye dianggap antara laluan kereta api paling indah di barat laut China.
2.1 Lembah Sungai Kuning di sekitar Lanzhou
Sebaik sahaja meninggalkan Lanzhou, tren melalui kawasan bandar yang diapit bukit-bukit dan lembah Sungai Kuning.
Yellow River atau Sungai Kuning (Huáng Hé) ialah sungai kedua terpanjang di China selepas Yangtze River. Di sekitar Lanzhou, sungai ini mengalir melalui sebuah lembah sempit yang diapit oleh bukit dan gunung, menjadikan pemandangannya sangat unik.
Keistimewaan lembah ini kerana kebanyakan bandar yang dibina dan berkembang memanjang mengikut aliran Sungai Kuning kerana kawasan di sekelilingnya bergunung-ganang. Jika kita memandang dari udara, bandar-bandar ini kelihatan seperti mengikuti bentuk lembah sungai.
Terdapat sebuah jambatan ikonik iaitu Zhongshan Bridge. Jambatan besi pertama ini yang merentasi Sungai Kuning di Lanzhou. Ia dibina pada tahun 1909 dan menjadi salah satu mercu tanda paling terkenal di bandar Lanzhou.
Pemandangan ini biasanya hanya dapat dinikmati dalam 10–20 minit pertama selepas kereta api meninggalkan Lanzhou, sebelum laluan memasuki kawasan luar bandar dan menuju ke Koridor Hexi.
2.2 Pergunungan Qilian (Qilian Mountains)
Qilian Mountains (Qílián Shān) ialah banjaran gunung yang memisahkan Hexi Corridor daripada Qinghai-Tibet Plateau. Banjaran ini membentang kira-kira 800 km merentasi wilayah Gansu dan Qinghai.
Salah satu tarikan utama laluan ini. Pada musim panas, puncaknya masih mempunyai salji walaupun kawasan bawahnya menghijau. Pada musim sejuk, gunung dilitupi salji putih yang sangat cantik.
Salji dan glasier di Qilian Mountains menjadi sumber air penting yang membekalkan air kepada bandar-bandar dan kawasan pertanian di Koridor Hexi, termasuk Lanzhou, Zhangye dan Jiuquan.
2.3 Padang rumput dan kawasan penternakan
Sepanjang perjalanan kereta api laju dari Lanzhou ke Zhangye, penumpang akan disajikan dengan pemandangan padang rumput yang terbentang luas di kaki Banjaran Qilian. Landskap semula jadi ini dihiasi dengan lembah hijau, sungai-sungai kecil yang berpunca daripada glasier, serta kawasan penternakan tradisional yang telah menjadi sumber kehidupan masyarakat tempatan sejak sekian lama.
Di kawasan ini, kumpulan yak, biri-biri, kambing dan kuda sering kelihatan sedang meragut di padang rumput yang subur, terutama pada musim bunga dan musim panas. Sesekali, kelihatan juga khemah penggembala dan perkampungan kecil yang menambahkan lagi keunikan pemandangan luar bandar di barat laut China.
Pemandangan ini sangat menarik terutama pada bulan Mei hingga September.
2.4 Kawasan pertanian dan ladang bunga
Perjalanan kereta api laju dari Lanzhou ke Zhangye, anda akan melalui kawasan berhampiran Menyuan di Wilayah Qinghai, yang terkenal dengan landskap semula jadinya yang memukau. Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Qilian dan menawarkan pemandangan padang rumput yang luas, lembah menghijau serta perkampungan luar bandar yang tenang.
Sekitar kawasan Menyuan dan Qinghai, ketika musim panas terdapat ladang bunga canola (bunga kuning) yang terbentang luas. Musim luruh pula menampilkan warna keemasan hasil tanaman yang hampir dituai.
2.5 Koridor Hexi (Hexi Corridor)
Koridor Hexi juga dikenali sebagai Koridor Gansu, merupakan laluan bersejarah yang menjadi sebahagian daripada Jalan Sutera (Silk Road).
Kita akan melihat dataran luas, bukit berbatu dan kawasan separa gurun yang memberikan panorama unik barat laut China. Apabila hampir tiba di Zhangyep, pemandangan menjadi lebih terbuka dengan gunung-ganang di kejauhan, ladang pertanian yang luas dan bandar oasis Zhangye.
3. ZHANGYE WEST RAILWAY STATION
Selamat tiba di Zhangye West Railway Station setelah 2 jam 45 minit berada dalam bullet train.
Stesen Zhangye ini terletak kira-kira 5–7 km dari pusat bandar Zhangye. Ia dibuka pada tahun 2014, seiring dengan pembukaan laluan kereta api laju Lanzhou–Xinjiang.
Zhangye West Railway Station ialah stesen kereta api laju utama yang melayani bandar Zhangye di Wilayah Gansu, China. Stesen ini merupakan hentian penting di laluan kereta api laju yang menghubungkan Lanzhou dengan Zhangye serta bandar-bandar lain di sepanjang Koridor Hexi, termasuk Jiuquan dan Jiayuguan.
Zhangye West Railway Station merupakan pintu masuk utama bagi pelancong yang ingin menerokai keindahan Koridor Hexi, termasuk Rainbow Mountains, kuil-kuil bersejarah dan landskap Gurun Gobi di barat laut China.
4. ZHANGYE
Zhangye ialah sebuah bandar di wilayah Gansu, China barat, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan sejarah Silk Road. Ia merupakan pintu masuk utama ke Zhangye Danxia Landform, salah satu tarikan geologi paling ikonik di China.
Ia terletak di Lembah Hexi, Lanzhou‑Zhangye Corridor, Gansu. Zhangye berada di kawasan separuh gurun, di sepanjang Hexi Corridor dan laluan penting Silk Road pada zaman dahulu. Budaya setempat kaya dengan warisan Silk Road dan campuran etnik Han & Hui.
5. RESTAURANT ERSASHOUZHUA, ZHANGYE
Sampai sahaja kami di Zhangye, kami dibawa makan tengahari di Restoran Ersashouzhua, Zhangye.
Masakan tempatan Hui Muslim dan Gansu: mie tangan, roti daging (lamian & roujiamo), dan pelbagai hidangan halal.
6. ZHANGYE MOSQUE
Zhangye Mosque (Zhangye Qingzhen Grand Mosque) ialah masjid utama dan paling terkenal di bandar Zhangye, Wilayah Gansu, China. Masjid ini sangat penting untuk komuniti Muslim Hui di kawasan Laluan Sutera.
Masjid ini dibina sejak Dinasti Ming dan telah beberapa kali dibaik pulih. Seni bina masjid ini adalah gabungan seni bina Islam dan tradisi China di mana bumbungnya gaya pagoda dengan ukiran Cina. Ruang solat nya sangat luas dan bersih. Masjid ini mempunyai kaligrafi Arab dan Cina.
>Masjid ini mudah diziarahi kerana ia terletak berhampiran dengan kawasan bandar lama Zhangye dan suasana tenang dan mesra pelawat. Masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat komuniti Muslim tempatan.
7. ZHANGYE HUA ZUN HOTEL
Selepas makan tengahari dan melawat/bergamabr di Masjid Zhangye, kami dibawa untuk check-in Hotel Zhangye Hotel.
Zhangye Hua Zun Hotel ialah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang dibuka pada 2025, sesuai untuk pelancong yang ingin menginap berhampiran stesen kereta api laju di Zhangye.
Kami akan menginap di sini selepas lawatan ke Rainbow Mountain.
8. ZHANGYE DANXIA LANDFORM (RAINBOW MOUNTAIN)
Terletak kira-kira 40 km dari pusat bandar Zhangye di Wilayah Gansu. Danxia Landform diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO sejak 2010. Lokasi ini sangat popular untuk fotografi dan lawatan alam.
Kawasan ini terkenal dengan formasi bukit berwarna-warni yang terbentuk secara semula jadi dan diiktiraf sebagai antara landskap tercantik di China.
Zhangye Danxia National Geological Park (Danxia Landform) merupakan salah satu keajaiban geologi paling terkenal di China. Ia sering digelar "Rainbow Mountains" kerana lapisan batu berwarna merah, jingga, kuning, hijau dan coklat yang kelihatan seperti lukisan semula jadi.
Danxia Landform terbentuk daripada batu pasir merah (red sandstone) dan hakisan angin & air selama berjuta-juta tahun serta pergerakan kerak bumi. Hasil daripada fenomena ini maka terbentuk tebing curam, puncak tajam, gua, lembah dan bukit berwarna-warni yang sangat dramatik.
Di sini terdapat 4 platform pemerhatian yang dihubungkan dengan bas ulang-alik iaitu:
- Platform 1 – paling mudah diakses.
- Platform 2 – pemandangan panorama dari tempat yang lebih tinggi.
- Platform 3 – terkenal dengan formasi "Seven-Color Fan".
- Platform 4 – lokasi terbaik untuk menikmati matahari terbenam dan mengambil gambar.
8.1 Platform1
Platform 1 di Zhangye Danxia National Geological Park merupakan hentian pertama yang dikunjungi oleh kebanyakan pelawat selepas menaiki bas ulang-alik dari pintu masuk taman.Kemudahan papan penerangan mengenai pembentukan geologi Danxia.
Di Platform 1, kita dapat melihat pemandangan luas bukit-bukau Danxia dengan lapisan batu berwarna-warni.
Di sini terdapat laluan pejalan kaki, laluan kayu (boardwalk) dan tangga yang selamat. serta dek pemerhatian yang mudah diakses. Di sini juga kita dapat suatu sudut sesuai untuk mengambil gambar panorama keseluruhan kawasan.
Platform 1 ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang cantik terutama pada waktu pagi apabila cahaya matahari menyinari lereng gunung.
8.2 Platform 2
Platform 2 di Zhangye Danxia National Geological Park merupakan salah satu platform yang menawarkan pemandangan panorama dari kedudukan lebih tinggi berbanding Platform 1.
Dari sini, kita dapat melihat hamparan bukit Danxia yang berwarna-warni dengan lebih luas.
Tarikan utama di Platform 2, kita boleh menikmatu pemandangan 360° ke arah bukit-bukau Danxia, lapisan batu berwarna merah, jingga, kuning dan coklat yang kelihatan jelas pada hari cerah.
Di sini juga terdapat laluan pejalan kaki dan dek pemerhatian yang luas, sesuai untuk mengambil gambar panorama. Platform 2 ini agak kurang sesak jika dirbanding dengan Platform 4 pada waktu puncak
8.3 Platform 3
Platform 3 di Zhangye Danxia National Geological Park ialah salah satu platform yang paling ikonik dari segi formasi batuan dekat dan warna paling jelas. Terkenal dengan formasi batu seperti “Seven-Color Fan” (kipas tujuh warna). Lapisan warna lebih “tajam” dan berjalur jelas berbanding platform lain.
Oleh kerana kesuntukan masa, kami skip melawat platform 3, kami menuju terus ke Platform 4.
8.4 Platform 4
Keistimewaan di Platform 4 adalah :
- Pemandangan sunset paling ikonik di Zhangye Danxia.
- Bukit-bukau berlapis warna kelihatan lebih “hidup” ketika cahaya senja.
- Sudut fotografi luas untuk gambar panorama “Rainbow Mountains”.
- Antara platform paling tinggi dan terbuka.
Platform 4 di Zhangye Danxia National Geological Park ialah salah satu lokasi paling popular dan paling cantik untuk melihat matahari terbenam (sunset) di seluruh kawasan Danxia.
Platform ini terkenal kerana menawarkan pemandangan panorama paling dramatik dengan warna gunung yang berubah-ubah apabila cahaya matahari semakin rendah.
Biasanya paling ramai pelawat pada waktu petang
Selepas melawat Danxia Rainbow Mountain, kami pulang semula ke Zhangye.
9. RESTORANG AXIYZA, ZHANGYE
Restoran Cina yang terkenal dengan masakan daging kambing dan hidangan gaya Xinjiang / Barat Laut China.
Pulang ke Hotel Hua Zun untuk penginapan.
Tamataktiviti hari keempat.
LINK

















































Comments