HARI 03 (24 Jan 2015) - TEROWONG CU CHI (CU CHI TUNNEL)
Sarapan pagi di hotel.
Menuju ke Cu Chi yang terletak kira-kira 70 km sebelah barat laut dari Bandaraya Ho Chi Minh. Di Cu Chi terdapat rangkaian terowong bawah tanah tinggalan Perang Vietnam itu sepanjang 200 km. Terowong ini merupakan markas bawah tanah atau pusat pentadbiran gerila Viet Cong semasa Perang Vietnam pada tahun 1968.
Terowong telah digunakan oleh tentera Viet Cong sebagai tempat perlindungan dan persembunyian semasa pertempuran, serta berkhidmat sebagai komunikasi dan laluan bekalan, makanan, senjata dan hospital serta kediaman untuk pejuang Vietnam.
Mula-mula menonton filem propaganda perang yang menunjukkan bagaimana pejuang gerila tempatan "Heroes Killing Amerika" (a video pengenalan pendek yang menunjukkan bagaimana terowong telah dibina).
Kemudian, meneroka maze terowong di Cu Chi.
Turut dipamerkan pelbagai mantraps dan tinggalan kereta kebal serta bom Amerika. Menyaksikan bagaimana kertas beras dan selipar dibuat.
Selepas habis melawat Terowong Cu Chi,kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya, sebuah gedung tempat menjual pakaian secara borong, Danny n Tina Wholesale Factory yang turut dikenali sebagai 'Chinatown'.
Bila dah membelek, terlupa pulak nak ambil gambar di sini.
Selepas itu makan tengahari di restoran biasa.
Balik berehat di hotel dan menunggu Makan Malam.
Selepas makan malam, singgah di Nguyen An Ninh Street @ Malaysian Street, kerana ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, ada restoran makanan halal dan yang penting dekat dengan tempat shopping.
Selepas itu pulang ke hotel.
Tamat lawatan hari ketiga.
ITERNARI PERJALANAN
Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.
- HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour)(klik)
- HARI 02 (23 Jan 2015) - Delta Mekong(klik)
- HARI 03 (24 Jan 2015) - Terowong Cu Chi
- HARI 04 (25 Jan 2015) - Shopping dan Muzium Perang(klik)
- HARI 05 (26 Jan 2016) - Perlepasan ke Kuala Lumpur(klik)
LINK
Comments