Soalan 81
Kalau pakai jam, bolehkah?
Jawapan
Sekadar jam tidaklah mengapa. Begitu juga cincin. Ia bukanlah pakaian yang berjahit.
Soalan 82
Ada orang semasa di Mekkah, hatinya jatuh cinta kepada seorang anak tok Arab?
Jawapan
Sekadar jatuh cinta tidak mengapa, jangan jatuh tangga. Jatuh cinta tidaklah dilarang sepanjang ihram. Walau bagaimanapun, meminang adalah dilarang.
Apabila peminangan dilarang, maka berkahwin juga dilarang, sama ada kita menjadi pengantin lelaki atau pengantin perempuan. Begitu juga kalau ada orang hendak kahwin, kita sibuk hendak menjadi wali menikahkan orang.
Sabda Nabi SAW :
Maksudnya : "Sesiapa yang berihram tidak boleh berkhwin, tidak boleh mengahwinkan (orang lain) dan tidak boleh meminang". (Rujuk Subul al-salam, juzuk 2, halaman 947, hadis no 684)
Ini semua ada kaitan dengan seks yang menjadi larangan asas sepanjang ihram.

Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments