HARI 04 (25 Jan 2015) - SHOPPING DAN MUZIUM PERANG
Sarapan pagi di hotel.
CHO BEN THANH
Free n Easy sepanjang pagi hari ini di Pasar Ben Thanh. Kami berjalan kaki sahaja ke pasar Ben Thanh ini kerana jaraknya beberapa meter daripada hotel kami.
Sebenarnya kalau ke Ho Chi Minh, adalah tidak lengkap sekiranya anda tidak ke Pasar Ben Thanh ini kerana di sinilah terdapatnya segala barang-barang buatan Vietnam yang sangat murah seperti kain cotton, sutera Vietnam, kraftangan, baju sulam siap, dan banyak lagi. Ben Thanh Market adalah antara destinasi yang paling popular di Vietnam untuk mereka yang tujuannya datang ke Vietnam untuk membeli belah dan shopping sakan.
MAKAN TENGAHARI
Makan tengahari tempat biasa, Restoran Quan An dan solat Zohor.
CHO BINH TAY
Selepas makan tengahari, kami dibawa pula ke Pasar Binh Tay. Di disini kebanyakan peniaga adalah masyarakat Cina. Kebanyakan jualan secara pukal dan borong. Keadaan di sini nampak lebih sibuk daripada Pasar Ben Thanh.
Selepas tengahari, kami dibawa melawat muzium peperangan.
WAR REMNANTS MUSEUM
War Remnants Museum ini dibuka pada 4 September 1975 oleh kerajaan Vietnam. Kebanyakan peralatan perang adalah peninggalan tentera Amerika seperti kereta perisai, meriam, bom dan senjata infantri dipamerkan di luar. Satu sudut mempamerkan artifak zaman penjajahan Perancis dwngan alat pemenggal kepala dan penjara 'sangkar harimau' yang digunakan untuk menempatkan tahanan perjuang Viet Cong.
Setelah selesai melawat muzium, kami dibawa pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu makan malam.
Selepas makan malam, kami pergi Malaysian Street serta Pasar Malam Ben Thanh dan pulang ke hotel.
Tamat lawatan Hari Keempat.
ITERNARI PERJALANAN
Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.
- HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour)(klik)
- HARI 02 (23 Jan 2015) - Delta Mekong(klik)
- HARI 03 (24 Jan 2015) - Terowong Cu Chi(klik)
- HARI 04 (25 Jan 2015) - Shopping dan Muzium Perang
- HARI 05 (26 Jan 2016) - Perlepasan ke Kuala Lumpur(klik)
LINK
Comments