Wednesday, February 4, 2015

LAWATAN HARI KEDUA - HO CHI MINH


HARI 02 (23 Jan 2015) - MY THO DAN MEKONG DELTA

Sarapan pagi di hotel.

PERUSAHAAN LAKUER (LACQUERWARE)


Beberapa kilang lakuer di sini menyedia lawatan percuma. Kami dibawa melawat ke Kilang Lacqureware Phuong Nam untuk melihat barangan lakuer Vietnam.



Seni lakuer Vietnam adalah kesenian kerja tangan. Setiap Lakuer Vietnam biasanya akan melalui beberapa peringkat dan mengambil masa yang lama, tidak kira ia adalah gambar yang besar atau hanya beberapa keping Lakuer kecil. Sebenarnya ada 3 jenis Lakuer: Mutiara, Kulit Telur dan Lukisan atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga.


MY THO / DELTA MEKONG



Selepas itu kami dibawa ke Pekan My Tho dan Delta Mekong iaitu 80 km ke selatan Ho Chi Minh. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami berpeluang menyaksikan pemandangan yang indah dan sawah padi sekeliling, sepanjang perjalanan dari Pusat Bandar ke Pekan My Tho.

Singgah sebentar di Gerai Cenderahati Du Lich, memberi peluang kepada kami untuk ke tandas dan berehat sebentar, kerana selepas ini berkemungkinan besar sukar untuk menjumpai tandas awam apabila tiba di kawasan Mekong Delta. Disini juga terdapat gerai-gerai menjual cenderahati.



Sampai di jeti My Tho, kami menaiki bot pelayaran merenatasi Sungai Mekong ke Pulau Thoi Sun untuk melawat perusahaan kecil dan kebun buah-buahan tropika.



Delta Mekong adalah antara lokasi yang perlu dikunjungi di Vietnam. Kami dibawa ke tempat yang menjalankan perusahaan kecil seperti madu dan gula-gula kelapa. Selain itu, terdapat juga jualan hasil buah-buahan terus dari kebun seperti longan, rambutan, ciku, manggis dan durian.




Mula-mula kami ke tempat menjual madu. Madu disini adalah daripada lebah yang dibela di kebun Pokok Longan. Kemudian itu kami berpeluang menikmati hidangan kerepek dan teh yang dicampurkan dengan madu lebah, perahan limau kasturi dan madu pollen. Satu lagi produk yang dipromosikan adalah royal jelly yang dipercayai dapat melicinkan kulit terutama pada kesan-kesan parut luka.




Kemudian kami dibawa ke gerai buah-buahan. Perjalanan dari gerai madu ke gerai buah-buah, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual beg tangan, cenderahati, kraftangan, pakaian dan T-shirt. Boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan yang dijual di bandar. 



Kali ini menikmati buah-buahan tropika, buah naga, ciku, longan, betik dan nenas. Sambil itu kami didendangkan dengan nyanyian lagu tradisi Veitnam oleh penduduk tempatan dengan lagu penutup dengan lagu, Si Jantung Hati.


Klip Video

Selepas kami dibawa ke jeti untuk menaik sampan menyusuri anak sungai Mekong.





Kami menyusuri terusan kecil oleh pendayung tempatan yang rata-rata telah berumur tetapi gagah mendayung.




Selepas menaiki sampan, kami dibawa ke sebuah pulau delta dimana terdapat perusahaan kecil membuat gula-gula kelapa oleh penduduk kampung.




Kilangnya biasa sahaja. Gula-gula kelapa ini diperbuat daripada daripada santan seperti kita buat dodol. Selain perasa original, ada juga perasa yang lain seperti perisa durian, nenas dan coklat.

Disini juga terdapat jualan barang-barang kulit. Hebatnya gerai barangan kulit ini menerima bayaran melalui kad kredit, maklumlah harga pun boleh tahan.



Kemudian kami berjalan kaki menyusuri lorong untuk ke tempat kereta kuda. Sambil berjalan kami dapat melihat pokok buah-buahan, menyeberangi terusan, kira-kira merasi kehidupan kampung.





 Bersiar-siar menaiki kereta kuda melalui perkampungan dan terus ke jeti.


Tamatlah sudah melawat  Delta Mekong, Dalam perjalanan pulang ke jeti di My Tho Town, semua peserta rombongan diberi peluang menikmati minuman air kelapa.


Singgah sebentar restoran untuk makan tengahari.

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke hotel untuk berehat.


Seperti biasa, jam 7.00 malam, kami dibawa makan malam restoran biasa.





Selepas makan malam, kami turun di kawasan pasar malam sebelah Ben Thanh. Menarik di Pasar Malam ini, penjual CD/DVD memeriahkan malam dengan memasang lagu-lagu sentimental, menjaja sambil menolak kereta sorongnya sepanjang kawasan pasar malam.. 

Kami berjalan pulang ke hotel.

Tamat lawatan  hari kedua.



Aturcara Perjalanan

2 comments:

Baby said...

Tuan norizan, mcm mana nk dapatkan khidmat saudara HJ Ab Dol Haliem tuh..dan berapa bayaran yang dikenakan yer...

Baby said...

Tuan norizan, mcm mana nk dapatkan khidmat saudara HJ Ab Dol Haliem tuh..dan berapa bayaran yang dikenakan yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...