HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour)
Penerbangan dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Lebih kurang sejam untuk selesai urusan di airpot.
Kami disambut saudara Hj Hj Ab Do Ha Liem, agen tempatan yang akan mengurus lawatan kami disini. Kemudian dibawa kami mendaftar dihotel.
Kami menginap di Hotel Thanh Lien yang terletak di 135-137 Ly Tu Trong Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam selama kami di sini. Hotel ini berdekatan dengan Pasar Ben Thanh, kedai-kedai menjual baju kurung, jubah dan telekung serta restoran-restoran Muslim.
RESTORAN QUAN AN
Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari.
Kami makan tengahari di Restoran Quan An dalam kawaasan Cholon Jamial Mosque (Masjid Jamek Cholon). Sepanjang kami di sini, makan tengahari dan makan malam adalah di kedai ini. Cuma sekali kami makan tengahari di restoran lain, semasa perjalanan pulang dari lawatan ke Delta Mekong.
Menurut agen kami, masakannya sedap dan berbaloi berbanding dengan restoran halal lain. Betul, memang sedap. Menu hari ini adalah kari kepala ikan, tomyan seafood, telur dadar dan sayur goreng serta pencuci mulut.
Selepeas makan tengahari, kami dibawa melawat sekitar bandaraya Ho Chi Minh.
CITY TOUR
Bandaraya Ho Chi Minh keadaan trafik begitu padat dengan kenderaan terutamanya motosikal. Walau pun jalan padat dengan kenderaan dan sesak, aliran trafik masih berjalan lancar dan jarang sekali kita dengar berlaku kemalangan. Kebanyakan jalanraya di sini, kadar kelajuannya 40km/j bagi motosikal dan 60km/j bagi kereta dan kenderaan lain.
Klip video memaparkan keadaan trafik di Ho Chi Minh (Youtube)
Antara sempat kami buat lawatan adalah Pejabat Pos Lama (Old Post Office).
Bangunan ini dibina pada abad ke-20 awal ketika Vietnam adalah sebahagian daripada Indochina Perancis . Ia mempunyai gaya seni bina neoklasik. Ia telah direka dan dibina oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel. Hari ini, bangunan ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong.
Perkhidmatan pos masih berjalan seperti biasa di Pejabat Pos ini. Disamping itu terdapat juga gerai-gerai cenderahati dan kraftangan masyarakat Vietnam disini.
Di hadapan Pejabat Pos Lama terletak gereja lama zaman penjajahan Perancis iaitu Notre Dame Cathedral. Gereja ini salah satu ikon dalam kebanyakan iternari lawatan pelancongan ke bandaraya ini.
Notre Dame Catheral ini dibina oleh penjajah Perancis di antara tahun 1863 dan 1880. Ia mempunyai dua menara loceng. Gereja Roman Katolik ini ditubuhkan untuk komuniti dan perkhidmatan keagamaan penjajah Perancis ketika itu.
Lain-lain tempat, kami hanya melihat dari dalam bas sahaja.
Selepas itu kami dibawa ke hotel untuk berehat sementara menunggu makan malam.
Kami singgah sebentar ke kedai agen kami yang juga berdekatan dengan hotel kami yang menjual pelbagai jubah, baju kurung serta telekung.
Sempat mencuba kopi Vietnam yang dijaja di atas motorsikal.
Kemudian pulang, berjalan kaki ke hotel.
Tepat jam 7.00 malam, kami dibawa untuk makan malam.
Menu makan malam, nasi briyani.
Selepas makan malam, kami singgah di Pasar Malam bersebelahan Pasar Ben Thant. Selepas itu kami pulang ke hotel.
Tamat lawatan hari pertama.
ITERNARI PERJALANAN
Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.
- HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour)
- HARI 02 (23 Jan 2015) - Delta Mekong(klik)
- HARI 03 (24 Jan 2015) - Terowong Cu Chi(klik)
- HARI 04 (25 Jan 2015) - Shopping dan Muzium Perang(klik)
- HARI 05 (26 Jan 2016) - Perlepasan ke Kuala Lumpur(klik)
LINK
Comments