HARI KEEMPAT 09 DISEMBER 2014
MEDAN-KLIA2
Sarapan pagi di hotel.
Kali ini cuba sarapan dengan Lontong Pakis. Ketupatnya lembut dan paku pakis nya juga lembut tiada batang pakis yang keras. Rasanya sedap, boleh cuba bila balik nanti.
Lontong Pakis atau Ketupat Gulai Pakis atau Gulai Paku merupakan menu utama di Hotel Madani. Gulai Paku adalah makanan yang cukup popular di Sumatera Barat, terutama di daerah pesisir barat. Bahan asas dalam gulai ini adalah daun pakis dengan santan, lengkuas, lada hijau, asam kandis dan kunyit.
Selepas sarapan, kami dibawa melawat Istana Maimoon.
Istana Maimoon dibina pada tahun 1888 oleh Sultan Deli. Tarikan utama ialah struktur 30 bilik dibina dengan pengaruh seni Melayu, Itali dan Mogul. Daripada 30 bilik, hanya bilik utama boleh dibenarkan kepada orang ramai memasukinya. Di bilik ini, pelancong boleh melihat takhta sulung yang mewah. Sementara itu, sayap belakang istana itu diduduki oleh ahli-ahli keluarga Sultan semasa.
Ketika sampai di Istana Maimoon, kami disambut oleh petugas istana. Beliau menerangkan asal-usul Kesultanan Deli, Sultan-sultan yang memerintah serta hubung-kait dengan kerabat diraja sultan-sultan di Malaysia. Kesultanan Deli masih tetap wujud sehingga kini meskipun tidak lagi mempunyai kuasa setelah berakhirnya Perang Dunia II dan pengisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia.
Inilah Sultan Deli yang ke 14. Masa ditabalkan dia berumur 15 tahun. Sekarang tinggal di Makassar, Sulawesi. Namanya Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mahmud Arya Lamanjiji Perkasa Alam atau Tuanku Aji.
Ini pula ayahandanya, seorang Leftenan Kolonel dalam Tentera Indonesia, Sultan Osman III Mahmud Ma‘mun Paderap Perkasa Alam Syah yang mangkat ketika kapalterbang yang dinaiki terhempas di Lapangan Terbang Malikus Saleh, Aceh pada 21 Julai 2005.
Disini disediakan pakej penyewaan pakaian diraja sebanyak IDR 10,000 untuk seorang. Kami semua menyewa dan bergaya, bergambar ala-ala sultan, permaisuri, putera dan puteri kesultanan Deli.
Setelah puas melawat Istana Maimoon, kini kami bertolak untuk shopping. Mengikut jadual yang dicadangkan sepatutnya kami shopping di Pajak Ikan tetapi guide kami mencadangkan ke kedai pemborong untuk menjimat masa dan keselesaan.
Destinasi terakhir kami ialah ke kedai Zulaikha yang terletak di Jalan Mojopahit. Kedai Zulaikha lebih popular berbanding pesaingnya yang terletak berdekatan.
Kami beli Kek Lapis Legit Perisa Prune, Lapis Legit Krismis dan Bika Ambon serta Jus Terung Belanda dan Jus Markisa. Biasanya orang akan ke sini pada hari terakhir sebelum penerbangan kerana dapat membeli barangan yang fresh untuk di bawa pulang.
Menunggu di Lobi untuk check-out hotel.
Menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.
Selamat tiba di KLIA jam 6,50 petang.
Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak kami pun pulang.
Tamat percutian Cuti-Cuti Medan dan Danau Toba 2014.
Klip Video Kenangan
Gambar-gambar kenangan ketika percutian ke Medan - Danau Toba.
ITERNARI PERJALANAN
Untuk maklumat seterusnya, sila klik tarikh berkenaan.
- HARI 01 (06 Disember 2014) - KLIA2 - Medan (klik)
- HARI 02 (07 Disember 2014) - Medan - Parapat - Pulau Samosir (klik)
- HARI 03 (08 Disember 2014) - Parapat - Berastagi - Medan (klik)
- HARI 04 (09 Disember 2014) - Medan - KLIA2 (klik)
LINK
Comments
Agak² budget tuan brp ye..tak masuk shopping.Tq
Agak² budget tuan brp ye..tak masuk shopping.Tq