Skip to main content

Posts

ALLAYARHAM AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN

Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. Sumber Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar.

Soal Jawab HAJI (Soalan 53 dan 54)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 53   : Apakah hukum melafazkan niat untuk mengerjakan haji? Jawapan : Hukumnya sunat. 1. Lafaz haji   Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØ­َجَّ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِÙ‡ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 2. Lafaz umrah Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِÙ‡َا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat umrah, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala." 3. Lafaz haji dan umrah serenatk (Haji Qiran)  Ù†َÙˆَÙŠْتُ الْØ­َجَّ ÙˆَالْعُÙ…ْرَØ©َ ÙˆَØ£َØ­ْرَÙ…ْتُ بِـهِÙ…َا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَاَÙ„َÙ‰  Maksudnya : "Sahaja aku berniat haji dan umrah, dan aku berihram dengan kedua kerana Allah Taala." Soalan 54   : Kalau tidak dilafazkan di mulut tetapi sekadar niat ihram di hati sahaja, apakah hukumnya? Jawapan : Harus . Yang dilmulut itu kira macam kosmatik sahaja. Hati yang lebih penting. Wajib . Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang H...

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

السلام عليكم Assalamualaikum, Semoga saudara dan sahabat ku sentiasa dirahmati Allah Semperna akhir bulan Zulhijah dan akhir tahun 1434H, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua saudara dan sahabat ku ke atas kesalahan saya yang disenjgajakan atau tidak disedari. Saya juga memaafkan atas apa-apa kesalahan tuan terhadap saya. Semoga lembaran tahun 1434H tiada dosa yang dicatat antara kita. Salam Maal Hijrah 1435H, semoga tahun baru hijriyah ini akan meningkatkan lagi iman kita, dipenuhi kebaikan dan keberkahan, semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan Illahi, selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amiin    

SOLAT ITU TIANG AGAMA

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:  “ Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya .”   (Surah An-Nisa’ : 103)       RENUNGAN BERSAMA   Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ... ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” ...

Soal Jawab HAJI - ( Soalan 52 )

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 52   : Apakah perbezaan antara rukun dan wajib haji? Jawapan : Rukun tidak dibuat, maka haji tidak sah. Begitu juga dengan umrah. Rukun haji dengan rukun umrah lebih kurang sama sahaja. Cuma dalam haji ada wuquf di Arafah. Umrah tiada wuquf. Itu sahaja beza antara haji dan umrah. Adapun wajib, ia juga perkara penting tetepi tidaklah sampai batal haji jika tidak dilakukan. Jika tertinggal wajib haji, ibadah tetap sah cuma dikenakan dam. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI - Rukun Haji

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan : Rukun Haji? Jawapan : Syarat-Syarat Rukun Haji : 1. Berniat ihram . 2. Wuquf di Padang Arafah 3. Tawaf 4. Bergunting atau bercukur yang dilakukan selepas berlalu separuh malam daripada malam raya. 5. Sa'i di antara Bukit Safa dan Marwah 6. Tertib pada kebanyakan rukun seperti mendahulukan ihram atas segala yang lain dan mendahulukan wuquf atau tawaf Ifadhah. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 50 dan 51)

BAB 5 - MIQAT HAJI Soalan 50 : Susah juga untuk berihram di miqat. Apa kata kalau kita ihram siap-siap sebelum naik kapalterbang. Niat ihram di KLIA?  Jawapan : Ihram tersebut sah, cuma dikenakan dam kerana tidak mengikuti panduan yang diletakkan. Soalan 51 : Kalau hendak masuk Makkah, kena ihram, Macam mana kalau hari-hari masuk Makkah? ` Jawapan : Bagi penduduk Makkah dan orang sekitar Makkah, membesar di situ dan bekerja di situ, tidaklah perlu berihram setiap kali hendak masuk Makkah. Ihram ini bagi orang luar yang menziarahi Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah. Nabi bersabda : Maksudnya : " Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan haji dan umr a h ." Kalau masuk hendak berniaga, ziarah keluarga atau apa sahaja tetapi tidak mahu mengerjakan haji dan umrah, masuk sajalah tanpa ihram. Sumber : Soal Jawab remeh-temeh ten...