Skip to main content

Posts

Minda Tajdid : SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM ...

Kesimpulannya Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim. Untuk keterangan terperinci, sila layari   Minda Tajdid - Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sambutan Maulidur Rasul 1433H - MTCJ

Klip Video : Sambutan Maulidur Rasul 1433H                    Kariah Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor Lagu : Selawat Nabi Artis : Ustaz Amal

Ayam Penyek Bandar Baru Bangi

Pernah dengar dahulu tetapi tidak ambil peduli, Nasi Ayam Penyek namanya. Aku rasa berselera ketika makan bersama kawanku beberapa bulan lepas.  Set hidangannya simple, tidak berkuah, nasi, ayam berlada, tempe, tauhu dan dihiasi dengan salad dan timun. Makanan ni mesti diperkenalkan kepada ahli keluarga suatu hari nanti. Sehinggalah pada 07 Februari 2012, fikir punya fikir, nak makan apa, kat mana, teringat!!!. .. Jom kita pekena Nasi Ayam Penyek . Aku bawa keluargaku ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo tempat dimana, kawan aku... ajak aku, makan dahulu. Restoran ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Sedap!!!  pedas-pedas sedap. Ayam Goreng dan Air Timun Ayam Penyek dan Air Tomato Ayam Bakar dan Air Es Buah Memang berselera. Anda boleh cuba.

Perkahwinan Hazril dan Lisa

Majlis Pernikahan Hazril dan Lisa telah diadakan di Masjid Al-Qutubi, Segambut  pada 20 Januari 2012 selepas Solat Asar. Manakala Jamuan dan bersanding sebelah perempuan telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Bahasa dan Pustaka pada keesokan harinya. Pada 28 Januari 2012 giliran rumah pengantin lelaki di Kg. Tasek, Tanjung Blanja, Parit, Perak. Klip video sebagai kenangan. Ya, Allah Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu, Maha Suci Engkau perteguhkanlah tali ikatan di antara kami ini, Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami, Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, Sesungguhnya hanya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan. Semoga Hazril dan Lisa hidup bahagia ke akhir hayat .

Laman Web JPPH bertaraf 5 Bintang

Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011 oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) telah memberi penarafan 5 Bintang kepada Laman Web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Majlis penganugerahan 5 Bintang kepada agensi-agensi kerajaan telah diadakan pada 1 Disember 2011 di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sebanyak 285 agensi menerima penarafan ini. Majlis penanugerah ini telah diadakan dua sesi iaitu sesi pagi telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah binti Mohd Zain dan sesi petang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan. MGPWA telah dilaksanakan oleh MDec sejak tahun 2005 dengan tujuan untuk membantu orang awam mendapat maklumat kerajaan dan perkhidmatan online yang berkesan.  Evalusi ini telah dikategorikan kepada lima teras iaitu : Content, Usability, Security, Participation dan Services . Sebanyak 1155 agensi t...

Coretan Di Awal Tahun 2012

Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi.

Osbon Muncul Juara Maharaja Lawak Mega

SHAH ALAM, 31 DIS 2011 : Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka diisytiharkan sebagai juara MLM, menewaskan tiga finalis lain. Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos MLM, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat hasil undian tertinggi penonton dan perkiraan markah daripada juri. Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 berserta trofi. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 berserta trofi. Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,00...