Skip to main content

Posts

Badak air berwarna merah jambu

MASAI MARA, Kenya – Seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Dua jurugambar hidupan liar, Will dan Matt Burrard-Lucas dari Britain telah merakamkan gambar badak air itu setelah mendengar berita mengenai haiwan tersebut. “Haiwan itu keluar ke daratan selama kira-kira 10 minit atau kurang daripada itu. Selepas itu, kami mengesan kepala haiwan itu yang berwarna merah jambu berada di atas permukaan air setiap beberapa minit semasa ia mahu menyedut udara. “Ia juga amat malu dan selepas mengesan kehadiran kami, haiwan itu bersembunyi di belakang ibunya sebelum hilang ke dalam air,” kata Will. – Agensi  Sumber : Kosmo!

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau ISTERI - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebaha...

Kontroversi Kopi Luwak

KOPI luwak diambil daripada biji kopi yang telah dicernakan musang melalui sistem perkumuhan. KOPI tahi musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa. Biarpun kopi tersebut dihasilkan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak. Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi. Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja dihasilkan. Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram. Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difa...

Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Putrajaya, 21/09/2010 - Perdana Menteri Dato' Sri Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PICC.

Gejala anak gadis lari dari rumah, kenapa?

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku. Kes 1 : 29 April 2009, Utusan Malaysia - Gadis lari rumah dirayu pulang Nurbahar Mohd. Hashim SHAH ALAM 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya. Bapa saudaranya, Abdul Mubin Akol Ali berkata, seorang jiran melihat Nurbahar keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, Klang kira-kira pukul 7 petang pada 20 April lalu dengan membawa sebuah beg pakaian. Kes 2 : 13/6/2010 MyMetro - 10 kali lari dari rumah NUR FATIHAH... dicari JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini ...

Facebook : Fitnah Dan Bala Akhir Zaman

Oleh Dr Abdul Basit Abdul Jangan kita mendedahkan keburukan dan keaiban diri sendiri dan orang lain dalam Facebook. Jadikanlah Facebook satu media untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan dan menerangkan yang benar .   Perkara perlu kita ambil perhatian. Antaranya: Pihak Facebook Corp. dapat mengetahui setiap benda yang kita masukkan dalam profile kita. Ini termasuklah gambar, maklumat, aktiviti, kegemaran, jaringan dan sebagainya. Sebab itulah timbul teori FB dijadikan sebagai medium untuk monitor pengguna. Benda ini mungkin hanya teori tapi tak mustahil. Gambar-gambar, posting-posting dan maklumat-maklumat yang kita masukkan atau orang lain masukkan untuk kita akan terdedah kepada siapa saja (jika tidak diprivasikan). Risiko untuk diri anda di’dajal’kan oleh orang adalah sangat tinggi. Semoga khutbah yang disampaikan oleh Ustaz dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. Rujukan lain : Nasihat Penggunaan Facebook

Haiwan aneh ditemui di Kenya

NAIROBI - Sejenis mamalia ganjil dipercayai spesies baru tikus kasturi gajah berjaya dirakamkan di hutan Boni-Dodori, pedalaman timur laut Kenya baru-baru, lapor sebuah akhbar semalam. Saintis-saintis percaya bahawa mamalia sebesar seekor kucing yang mempunyai belalai dan memakan serangga itu merupakan spesies baru tikus kasturi gajah. Haiwan ganjil itu yang menyerupai kombinasi seekor tenggiling dan kancil pertama kali dirakamkan di Hutan Ndundulu, Tanzania pada 2005. Namun, beberapa perangkap kamera dipasang di hutan Boni-Dodori selepas seorang ahli Persatuan Zoologi London (ZSL), Grace Wambui terserempak dengan makhluk aneh itu. - Agensi Sumber : Sinar Harian