Skip to main content

Posts

Sultan Selangor rasmi Masjid Taman Cheras Jaya

23 April 2010 , Masjid Taman Cheras Jaya telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah. Masjid ini telah dibina bermula pada 13 Disember 2004 dan siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2006. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 5,331, 684.28. Penyerahan masjid ini kepada pegawai dan jawatankuasa telah berlansubg pada 23 September 2006 di Bilik Mesyuarat, Masjid. Dengan perasmian ini, masjid telah dinamakan sebagai Masjid Taman Cheras Jaya. " Tujuh Golongan orang dilindungi oleh Allah dalam naungannya pada hari tidak ada naungan kecuali naungannya iaitu orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid ." (Hadis Riwayat Bukhari) Seluruh penduduk di Taman Cheras Jaya, Batu 11, Cheras, Hulu Langat merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berusaha untuk mendirikan sebuah masjid baru mengantikan masjid lama didirikan sebelum ini. Semoga masjid ini memberi satu suntikan baru kepada seluruh penduduk kariah ini terus bersatu padu, ...

Anda mampu mengubahnya di Putrajaya

Petikan dari video bertajuk "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA DI PUTRAJAYA" yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya sangat mengerikan. Kemalangan ini dirakamkan oleh CCTV Pantauan Lalulintas Putrajaya. Menurut pihak berkuasa, kemalangan di Putrajaya telah menunjukkan peningkatan dan sangat membimbangkan. Semua pengguna jalanraya dinasihatkan memandu secara berhemah dan lebih berhati-hati dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya yang ditetapkan. Jangan memandu mengikut perasaan tanpa menhiraukan keselamatan diri dan juga keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Selamat memandu, ingat orang tersayang.

Perkahwinan Khairani Faizah dengan Hanafi

20 Mac 2010, Kami sekeluarga pergi ke Majlis Perkahwinan Khairani Faizah dengan Hanafi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga perkahwinan Khairani dan Hanafi berkekalan hingga akhir hayat.

D´Tasik Seafood Restaurant, UNITEN, Bangi

27 Feb 2010, Aku sekeluarga bersama adik ipar pergi makan malam di D'Tasik Seafood Restaurant, UniTen , Bangi. Kami makan ikan siakap masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang masak butter, tomyam campur dan sayur kailan goreng ikan masin bersama dengan minuman honey dew. Masakan di sini boleh tahan sedap. Selepas makan kami dihiburkan dengan sebuah kumpulan muzik D'Sanusa. Mereka mendendangkan tiga buah lagu untuk kami.

Hot Springs Sg Klah Sungkai

Pada 20 Februari 2010, selepas berkunjung ke rumah En. Davd Teo semperna Tahun Baru Cina, saya sekeluarga berkonvoi bersama ahli PPPBCJ menuju ke Felda Residence Hot Spring Sg Klah Sungkai untuk menjayakan Hari Keluarga PPPBCJ 2010. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di tempat berkenaan. Setibanya di Felda Residence, kami buat pendaftaran penginapan. Sebelah petang ini kami hanya melakukan aktiviti bebas. Ada yang menaiki tram mengelilingi kawasan hotel, ada yang berehat di bilik hotel. Kami pergi ke kolam air panas untuk mandi manda, merebus telus kerana tempat ini terkenal dengan air panas.

Bersama PPPBCJ berkunjung ke Rumah Encik David Teo

Pada 20 Februari 2010, saya sekeluarga bersama-sama ahli persatuan penduduk PPPBCJ telah membuat kunjungan ke rumah Encik David Teo di Bukit Rimau, Shah Alam semperna sambutan Tahun Baru Cina. Kunjungan ini adalah atas jemputan Encik David. Sebelum berpindah ke Bukit Rimau, Encik David adalah penduduk di taman kami.

Kenangan bersama MAMPU

Pada mei 2009, aku telah bertukar keluar dari JPJ ke MAMPU Jabatan Perdana Menteri. Aku sempat bersama MAMPU selama lebih kurang 5 bulan sahaja. Aku ditempat di Bahagian eKL dimana aku ditugaskan untuk mengurus operasi portal rasmi kerajaan iaitu myGovernment ( http://www.malaysia.gov.my/ ). Disamping mengurus portal tersebut, aku diminta mengkaji konsep myMobile dimana semua urusan kerajaan boleh dilaksanakan menerusi peralatan mudalalih atau telefon bimbit atau PDA. Dibawah aplikasi ini terdapat beberapa aplikasi/modul iaitu myEye, myPortal,myServe dan myFlip. Walaupun waktu singkat aku di MAMPU, banyak perkara yang aku pelajari terutama dalam operasi dan pembangunan laman web. Pada 20 Okt 2009 aku telah berpindah ke JPPH, Kementerian Kewangan.