Skip to main content

Posts

D´Tasik Seafood Restaurant, UNITEN, Bangi

27 Feb 2010, Aku sekeluarga bersama adik ipar pergi makan malam di D'Tasik Seafood Restaurant, UniTen , Bangi. Kami makan ikan siakap masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang masak butter, tomyam campur dan sayur kailan goreng ikan masin bersama dengan minuman honey dew. Masakan di sini boleh tahan sedap. Selepas makan kami dihiburkan dengan sebuah kumpulan muzik D'Sanusa. Mereka mendendangkan tiga buah lagu untuk kami.

Hot Springs Sg Klah Sungkai

Pada 20 Februari 2010, selepas berkunjung ke rumah En. Davd Teo semperna Tahun Baru Cina, saya sekeluarga berkonvoi bersama ahli PPPBCJ menuju ke Felda Residence Hot Spring Sg Klah Sungkai untuk menjayakan Hari Keluarga PPPBCJ 2010. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di tempat berkenaan. Setibanya di Felda Residence, kami buat pendaftaran penginapan. Sebelah petang ini kami hanya melakukan aktiviti bebas. Ada yang menaiki tram mengelilingi kawasan hotel, ada yang berehat di bilik hotel. Kami pergi ke kolam air panas untuk mandi manda, merebus telus kerana tempat ini terkenal dengan air panas.

Bersama PPPBCJ berkunjung ke Rumah Encik David Teo

Pada 20 Februari 2010, saya sekeluarga bersama-sama ahli persatuan penduduk PPPBCJ telah membuat kunjungan ke rumah Encik David Teo di Bukit Rimau, Shah Alam semperna sambutan Tahun Baru Cina. Kunjungan ini adalah atas jemputan Encik David. Sebelum berpindah ke Bukit Rimau, Encik David adalah penduduk di taman kami.

Kenangan bersama MAMPU

Pada mei 2009, aku telah bertukar keluar dari JPJ ke MAMPU Jabatan Perdana Menteri. Aku sempat bersama MAMPU selama lebih kurang 5 bulan sahaja. Aku ditempat di Bahagian eKL dimana aku ditugaskan untuk mengurus operasi portal rasmi kerajaan iaitu myGovernment ( http://www.malaysia.gov.my/ ). Disamping mengurus portal tersebut, aku diminta mengkaji konsep myMobile dimana semua urusan kerajaan boleh dilaksanakan menerusi peralatan mudalalih atau telefon bimbit atau PDA. Dibawah aplikasi ini terdapat beberapa aplikasi/modul iaitu myEye, myPortal,myServe dan myFlip. Walaupun waktu singkat aku di MAMPU, banyak perkara yang aku pelajari terutama dalam operasi dan pembangunan laman web. Pada 20 Okt 2009 aku telah berpindah ke JPPH, Kementerian Kewangan.

Ziarah & Umrah 2008

Saya bersama isteri telah selamat mengerjakan ziarah dan umrah pada 27 Ogos 2008 hingga 10 September 2008. Kami berangkat dari tanah air ke Cairo, Mesir pada malam 27 Ogos 2008 dan selamat tiba di Cairo jam 6.00 pagi waktu Cairo. Kami berada di Cairo selama dua hari satu malam. Di Cairo, kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Marmar, Makam Imam Syafie, Piramid, Cruise di Sungai Nil dan Kilang Kristal. 29 Ogos 2008 - Bertolak ke Madinah. Kami menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W serta Makam Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar. Bersolat di Masjib Nabawi. Kami juga dibawa menziarahi beberapa masjid serta tempat bersejarah. Malam pertama ramadhan, kami masih di Madinah dan berpeluang menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi. Keesokan hari, kami dibawah menziarah beberapa tempat seperti Bukit Huhud dan Pasar Kurma sebelum bertolak ke tempat miqat untuk mengerjakan umrah di Mekah. Kami berangkat pulang ke tanah air pada 9 September 2008. Semoga ib...

Zaman Sekolah -2

Bergambar di Makmal Sains, Sekolah Tinggi Keluang (STK). Ketika ini aku berada di tingkatan enam. Bergambar di tangga - laluan ke pejabat Guru Besar. Bersama Azhar Yusof dan Mohd Zain Adam di padang sekolah. Di belakang kami adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Keluang.

Zaman Sekolah

Gambar kenangan di zaman sekolah pada tahun 1980. Ketika ini aku berada di tingkatan 5 Sains 4, Sekolah Tinggi Keluang, Johor. Dalam gambar ini aku berada no. 6 dari kiri baris kedua. Bagi kawan-kawan yang masih ingat bolehlah menghubungi saya agar persahabatan kita berterusan. Semoga kawan-kawan berjaya dalam apa pun bidang diceburi.