PUTRAJAYA: Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan 250 pasukan lain dalam pertandingan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 5 hingga 7 November lalu. Kontinjen Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua Anugerah Khas Kreativiti seterusnya meletakkan negara di tangga teratas berbanding 22 buah negara lain antaranya Korea Selatan, Jepun, China, Denmark, Jerman dan Hong Kong. Atas kejayaan itu, kontinjen negara yang terdiri daripada 13 pasukan dianggotai 50 pelajar termasuk guru dan mentor itu, diraikan dalam satu majlis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Wan Asyraf Daniel Wan Norarjuna dari Sekolah Alam Shah...