Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2104. Kalau azam 2014 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘ tidak sengaja ’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang. Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga anda ada azam anda yang tersendiri. Saya cuma ingin sampai pandangan ulamak berhubung dengan azam. Mengikut pandangan ulamak, setiap azam mestilah terdapat 4 perkara ini iaitu : 1. Berazam untuk menjadi seorang mukmin/mukminah yang soleh/solehah serta bertaqwa kepada Allah SWT. 2. Berazam untuk membina atau menghidupkan rumah-rumah Allah. Menyemarakkan masjid-masjid dengan bersolat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu...