Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sultan Johor

ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pada pagi 23 Mac 2015. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini. Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.  Turut ...

SULTAN JOHOR - Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - sepanjang Tahun 2010

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - SULTAN JOHOR Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar. 22-Nov 2010 -Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Ismail Ibrahim ketika hadir pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 di Istana Besar, Johor Bahru 4 Oktober 2010 - SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah pada majlis perasmian Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri Johor, di Persada, Johor Bahru. 15 September 2010 - Sultan Ibrahim memberi Duit Raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya beliau. 10 Ogos 2010 - SULTAN IBRAHIM menandatangani plak perasmian Majlis Daerah Kota Tinggi pada majlis Penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kota Tinggi 8 Ogos 2010 - SULTAN Johor menghantar bola kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perlawanan persahabatan ...