GUANGZHOU, 13 Nov (Bernama) -- Kilauan cahaya gemerlapan dan percikan bunga api yang indah menghiasi ruang angkasa sekitar bandar raya Guangzhou Jumaat malam, mempesonakan ribuan penonton yang hadir menyaksikan majlis perasmian Kejohanan Ke-16 Sukan Asia yang penuh gilang gemilang. Majlis penuh warna warni itu menyaksikan tirai kejohanan 16 hari tersebut dibuka dengan rasminya, dan majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao. Antara yang menyaksikan majlis penuh bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge dan presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah. Malaysia menghantar 337 atlet dan 126 pegawai untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan itu, di mana para atlet akan mengambil bahagian dalam 28 daripada 42 acara sukan yang ditampilkan. Di majlis perasmian, para penonton disajikan dengan persembahan gerak tari yang menarik hasil se...