Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bercuti lagi, kali ini kami pergi melancong ke Ho Chi Minh, Dalat dan Mui Ne, Vietnam bersama sahabat/jiran kami. Dalam pakej ini terdapat 3 detinasi pelancongan popular di Vietnam : Ho Chi Minh (HCM), Dalat dan Mui Ne. Kami pergi berempat suami isteri. Tujuan utama adalah untuk menerokai wilayah Dalat. Saya dan isteri pernah datang melawat Ho Chi Minh pada tahun 2015. Dalat atau Da Lat merupakan pusat bagi wilayah Lam Dong yang terletak di banjaran Vietnam tengah. Dalat terkenal dengan keindahan tasik, gunung, hutan pine, air terjun dan taman bunga. Mui Ne merupakan kawasan resort pantai di tenggara Vietnam. Mui Ne juga terkenal dengan padang pasir yang paling indah di Vietnam dan aktiviti surfing, sukan air dan berlayar. Sebelum ini kami sekeluarga baharu lepas bercuti ke utara Vietnam pada bulan Februari 2024 tahun ini. PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN Pakej kali ini, kami pergi secara private tour di mana, kami mengambil Ground Package s...