Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sejarah

SULTAN JOHOR - Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - sepanjang Tahun 2010

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - SULTAN JOHOR Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar. 22-Nov 2010 -Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Ismail Ibrahim ketika hadir pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 di Istana Besar, Johor Bahru 4 Oktober 2010 - SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah pada majlis perasmian Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri Johor, di Persada, Johor Bahru. 15 September 2010 - Sultan Ibrahim memberi Duit Raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya beliau. 10 Ogos 2010 - SULTAN IBRAHIM menandatangani plak perasmian Majlis Daerah Kota Tinggi pada majlis Penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kota Tinggi 8 Ogos 2010 - SULTAN Johor menghantar bola kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perlawanan persahabatan ...

Selamat Hari Malaysia 2010

Perdana menteri telah mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun 2010. Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia. Hari Malaysia diraikan pada 16 September seti...

Tengku Faris Sultan Kelantan baru

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan di Istana Balai Besar, berkuat kuasa semalam. Majlis pemasyhuran terbabit diumumkan sendiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mendapat mandat daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang sebulat suara memilih, melantik dan mengesahkan baginda sebagai Sultan. Pemasyhuran itu dilaksanakan mengikut Perkara 29 A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Kedua, sekali gus membolehkan putera sulung Tuanku Ismail Petra itu menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan. Difahamkan, pada mesyuarat MPN kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya dua ahli iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin A’ishah Putri tidak hadir, manakala 15 yang lain sebulat suara menyokong pelantikan itu. Mengakhiri pemasyhuran dengan laungan takbir Allahuakhbar sebanyak tiga kali, Tuank...

Tembok Penjara Pudu berusia 100 tahun diroboh malam ini

20 Jun 2010 – Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.