Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ramadhan

DOA BERBUKA PUASA

 Sebuah hadits shahih tentang doa berbuka puasa dari Rasulullah Saw, ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ DZAHABAZH ZHOMA’U. WABTALLATIL ‘URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH "Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah menghendaki" (Hadits shahih, Riwayat Abu Daud [2/306, no. 2357] dan selainnya; lihat Shahih al-Jami’: 4/209, no. 467 8) Wallahua’lam

RAMADHAN - Rukhsah Semasa Puasa

Maksudnya : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. ( Surah Al-Baqarah, Ayat 185 ) Rukhsah Semasa Puasa Penyampai : USTAZ DR. ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN

OH! RAMADHAN 1434H

AYAT AL-QURAN Apabila tiba bulan Ramadhan maka kita sering terdengar ayat-ayat Al-quran berikut dibaca dan dihuraikan oleh penceramah dan ustaz. Ayat tersebut adalah Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ."  (183) " (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demi...

Niat Puasa Ramadan

Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH. Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut. Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab. Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam. Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti b...

01 RAMADHAN 1433H/2012

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ "Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Krena itu, barang siapa diantara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah…"   ( QS. Al-Baqarah : 185 )

DI AMBANG RAMADHAN

Antara sedar atau tidak, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan yang sering disebut dan ditunggu-tunggu ketibaannnya yang datang sekali lagi menemui kita. Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan! Ada dikalangan kita yg berdoa kepada Allah sejak kedatangan bulan Rajab lagi dengan doa yang penuh makna dan harapan: " Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan ".

Ihya’ Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya

23 Ogos 2011.  DYMM Sultan Selangor telah sudi berkenan menyampaikan bantuan zakat kepada 398 fakir miskin, mualaf dan anak yatim kariah Hulu Langat di Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya. Kesemuannya menerima sumbangan berupa wang tunai RM300 untuk golongan fakir miskin dan mualaf serta RM100 bagi anak yatim sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Ini merupakan kali kedua baginda hadir di Masjid Taman Cheras Jaya. Kali pertama  baginda datang pada April 2010 kerana merasmikan masjid. Baginda telah meluangkan masa sehingga selesai Solat Tarawih dan Solat Witir.  Baginda berangkat pulang selepas menikmati Jamuan Moreh iaitu lebih kurang jam 11.00 malam.