Majlis Qurban dan Aqiqah, MTCJ 1433H telah berjaya dilaksanakan pada 11 Zulhijjah 1433H bersamaan 27 Oktober 2012. Sebanyak 13 ekor lembu dan seekor kambing telah diqurbankan. Manakala seekor lembu lagi sumbangan JAIS untuk dibuat jamuan makan petugas-petugas qurban. Masakan kulai kawah, goreng kicap dan Sup tulang telah disediakan oleh kumpulan dapur.Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dan selesai pembahagian pada jam 11.30 pagi. Klip video POTONG KUKU, RAMBUT ( Sumber ) Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :- من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksana...