Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Putera William

LAWATAN RASMI PUTERA WILLIAM KE MALAYSIA

13 September 2012, Pasangan Diraja Britain, Putera William dan isteri, Catherine (Duke dan Duchess of Cambridge) membuat lawatan rasmi empat hari ke Malaysia. Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda. Sepanjang lawatan ke negara ini, pasangan diraja itu akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah. Mereka dijadual berangkat ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan.

Perkahwinan gilang-gemilang : Prince William dan Kate Middleton

LONDON: Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah perkahwinan diraja pertama mereka daripada Ratu Elizabeth semalam iaitu gelaran Duke and Duchess of Cambridge.  Istana Buckingham berkata, bahawa William kini secara rasmi bergelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala isterinya, Catherine Middleton bergelar Her Royal Highness The Duchess of Cambridge.