Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pilihanraya

BN kekal kerusi Batu Sapi dan Galas

Calon Barisan Nasional Linda Tsen Thau Lin secara rasmi diisytihar sebagai pemenang pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah dengan mendapat majoriti 6,359 undi. BN merampas kerusi Galas apabila menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi. Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas. Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.

Proses pengundian di Galas, Batu Sapi bermula

4 Nov 2010 - Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula hari ini sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi. Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed manakala di Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang. Di DUN Galas, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian, dan antara mereka ialah pengundi Orang Asli yang tinggal sejauh sempadan Pahang-Kelantan di Lojing bersebelahan Cameron Highlands. DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam. Cuaca cerah pada waktu...