Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Persatuan

SERTAI PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA PPPBCJ

    Menyertai PPPBCJ dalam perlawanan badminton persahabatan dengan Guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Taming Jaya pada 8 Mac 2013 jam 10.00 malam di Gelanggang Li-Ning, Balakong.   Pertandingan dimenangi oleh Guru-guru SRK Tamning dengan aggregat 4-3.     Hadiah disampaikan oleh Datuk Mustapa, Timbalan Pengerusi PPPBCJ.    

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA PPPBCJ 2012

Majlis ini telah diadakan ekoran sumbangan lembu daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan MIG kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Sembelihan lembu ini telah dilakukan oleh Tuan Imam, Hj Kamaruddin pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Kerja-kerja melapah dan memotong daging dan bahagian-bahagian lembu yang lain dibuat secara gotong-royong oleh penduduk Taman Cheras Jaya.     Majlis Ramah Mesra pula diadakan pada hari Ahad 28 Oktober 2012 dengan jamuan masakan Tuan Hj Aminuddin dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ dan penduduk taman. Majlis ini bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. 

Karnival Bowling PPPBCJ 2010

 Pada 5 Disember 2010, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Karnival Bowling 2010 bertempat di Plaza South City, Seri Kembangan. Karnival ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli, penduduk dan guru-guru di Taman Cheras Jaya. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian iaitu 9 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan wanita. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Acara bermula jam 2.00petang dan selesai pada jam 6.30petang.   Hari ini memang sangat bertuah, kumpulan saya telah menjadi Juara kategori Lelaki Berpasukan. Kumpulan saya terdiri daripada Encik Sharji Khan, Encik Wan Shukrey, Faiz Dato' Mustapa dan saya. Setelah selesai permainan, kami menikmati jamuan yang telah disediakan oleh Restoren Lemon. Jamuan ini atas sumbangan Encik David Teo, CEO Metrowealth. Semoga aktiviti bowling menjadi agenda tetap persatuan.

Majlis Silaturahim dan Kesyukuran PPPBCJ

21 November 2010 , PPPBCJ telah mengadakan Majlis Silaturahim dan Kesyukuran bertempat dirumah Dato' Mustapa Yasin. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli-ahli PPPBCJ. Pihak PPPBCJ telah mendapat sumbangan seekor lembu untuk tujuan ini daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan Metrowealth. Acara majlis bermula jam 7.00pagi , gotong-royong untuk menyembelih dan melapah lembu. Lembu tersebut telah disembelih oleh Bilal Masjid Taman Cheras Jaya, Ustaz Haji Mohd Nasri dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ. Semua ahli-ahli telah bergotong-royong melapah, mengiris dan memotong serta membersih daging. Kerja-kerja ini siap lebih kurang 10.00pagi. Selepas itu, tukang masak serta ahli yang ditugaskan membantu memasak mengambilalih tugas untuk menyediakan makanan untuk jamuan tengahari. Jam 12.30tgh, masakan telah siap utnuk dijamukan. Selepas solat Zohor, majlis ini diberkati dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Fauzi. Semua ahli...

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010 telah diadakan pada hari Ahad 10 Oktober 2010 jam 8.45 malam di Padang permainan Fasa 2B, Taman Cheras Jaya, Cheras, Selangor.

Moreh - Satu cara ikatan Ukhuwah

16 Ogos 2010. Mulai malam ini, malam ke-7 hingga malam ke-13, merupakan giliran, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) menguruskan berbuka puasa dan makanan moreh bagi Masjid Taman Cheras Jaya. Ahli PPPBCJ telah berbesar hati menyumbang bagi keperluan berbuka puasa dan jamuan moreh. Kerjasama yang baik antara ahli, mengurus, menyedia dan mengemas ini,  PPPBCJ telah berjaya  melaksanakan tanggungjawab ini. Semoga kerjasama dan semangat ukhuwah ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Hot Springs Sg Klah Sungkai

Pada 20 Februari 2010, selepas berkunjung ke rumah En. Davd Teo semperna Tahun Baru Cina, saya sekeluarga berkonvoi bersama ahli PPPBCJ menuju ke Felda Residence Hot Spring Sg Klah Sungkai untuk menjayakan Hari Keluarga PPPBCJ 2010. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di tempat berkenaan. Setibanya di Felda Residence, kami buat pendaftaran penginapan. Sebelah petang ini kami hanya melakukan aktiviti bebas. Ada yang menaiki tram mengelilingi kawasan hotel, ada yang berehat di bilik hotel. Kami pergi ke kolam air panas untuk mandi manda, merebus telus kerana tempat ini terkenal dengan air panas.

Bersama PPPBCJ berkunjung ke Rumah Encik David Teo

Pada 20 Februari 2010, saya sekeluarga bersama-sama ahli persatuan penduduk PPPBCJ telah membuat kunjungan ke rumah Encik David Teo di Bukit Rimau, Shah Alam semperna sambutan Tahun Baru Cina. Kunjungan ini adalah atas jemputan Encik David. Sebelum berpindah ke Bukit Rimau, Encik David adalah penduduk di taman kami.