Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Melayu

HAI MELAYU !

Sajak khas buat Melayu... Ini sebagai renungan sahaja........... Hai Melayu ! Rumahmu semua dibina Indonesia, Ekonomi pula dikuasai Cina, Golongan profesional semuanya India, Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa, Warga Bangla pula menjadi Jaga, Orang Nepal yang menabur baja, Orang Pakistan usung karpet jaja merata, Lalu Melayu ada apa? Harapkan ustaz, saling menyesat, Harapkan hiburan, lagi best filem barat, Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat, Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! Hai Melayu ! Masih mendabik menjadi tuan? Sibuk mahu menjadi tuan, Rupanya kerja kelas bawahan, Ditipu mentah orang atasan, Konon perjuangan ini untuk kalian! Kerja sikit, sembang kencang, Banyak rungut, sikit rancang, Siapa tegur, dituduh lancang Duduk warung, gigit kacang! Hai Melayu ! Konon kau pantang dicabar, Konon kau tangkas menyambar, Tapi cuma indah khabar, Rentakmu makin lama makin hambar ...

MELAYU JOHOR

Cebisan puisi MELAYU JOHOR 1988 Oleh : Datuk Usman Awang Sasterawan Negara ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Di Johor, Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar itu Melayu, Minangkabau memang Melayu, Aceh dan Siak adalah Melayu, Jakun dan Sakai lebih Melayu, Arab dan Turki pekat Melayu, Mamak dan Malbari jadi Melayu, Malah mualaf bertakrif Melayu. Melayu Johor, Telah terlalu banyak kita kehilangan, Sawah ladang bertukar tangan, Pekan dan bandar kita menumpang, Teluk Belanga entah ke mana, Yang tinggal hanyalah pakaian, Sedarah sedaging hampir hilang, Yang ada hanyalah setulang, Selat Tebrau kian sempit, Hati rindu jauh tergamit. Anak Johor, Luka di Tanjung Puteri, Parutnya di Parit Raja, Muka biar berseri, Mulut biar berbahasa. Melayu Johor saudaraku yang dikasihi, Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan, Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian, Sifat terpuji setiap insan, Bermuafakat supaya berkat, Bersau...