Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Maulidur Rasul

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

Sudah tiba semula musimnya umat Islam di seluruh dunia menggilap dan memperbaharui rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Ini semuanya dizahirkan melalui berbagai acara dan aktiviti sambutan seperti qasidah, daurah, muzakarah, halaqah sirah dan sadaqah. Benarlah mutiara kata yang sering diulang dan dicanang ketika menyebut kehebatan baginda: “ Engkaulah mentari dan engkaulah bulan purnama, engkaulah cahaya di atas cahaya, engkaulah emas yang berharga, engkaulah pelita menyinar dada ”. Sambutan memperingati Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun adalah menjadi suatu tanggungjawab dan kemestian terhadap umat Islam, sebagai tanda kecintaan dan kemuliaan terhadap Rasulullah SAW yang memiliki akhlak tinggi. Kemuncak penghormatan dan ketinggian yang dikurniakan Allah kepada Baginda ialah Allah dan para Malaikat mengucapkan selawat kepadanya dalam erti kata Allah merahmati dan memberkati  baginda selama-lamanya dan sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW, Allah akan membalas ...

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Hari Khamis 12 Rabiul Awal 1434H bersamaan 24 Januari 2013 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah Masjid Taman Cheras Jaya. Tema peringkat kengsaan pada tahun ini ialah " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ". Acara majlis sambutan bermula jam 8.00 pagi dan perarakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Klip video perarakan. Satu ceramah khas telah disampaikan oleh penceramah bebas, Y.Bhg. Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Seteleh selesai ceramah, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang mengikut kategori. 1. Johan Kategori Penyertaan      : Surau Nouriah, Fasa 4, Taman Cheras Jaya. 2. Johan Kategori Selawat             : KAFA Mambeil Uloom 3. Johan Kategori Pakaian             : SK Cheras Jaya 4. Johan Kategori Sepandok        : Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) Johan Keseluruhan dimenangi oleh Surau No...

Sambutan Maulidur Rasul 1433H - MTCJ

Klip Video : Sambutan Maulidur Rasul 1433H                    Kariah Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor Lagu : Selawat Nabi Artis : Ustaz Amal