Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

السلام عليكم Assalamualaikum, Semoga saudara dan sahabat ku sentiasa dirahmati Allah Semperna akhir bulan Zulhijah dan akhir tahun 1434H, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua saudara dan sahabat ku ke atas kesalahan saya yang disenjgajakan atau tidak disedari. Saya juga memaafkan atas apa-apa kesalahan tuan terhadap saya. Semoga lembaran tahun 1434H tiada dosa yang dicatat antara kita. Salam Maal Hijrah 1435H, semoga tahun baru hijriyah ini akan meningkatkan lagi iman kita, dipenuhi kebaikan dan keberkahan, semoga kita sentiasa berada didalam keredhaan Illahi, selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amiin    

Salam Awal Muharam Dan Maal Hijrah 1433 H

. . Doa Akhir Tahun Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang ...