Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MTCJ

MTCJ TERIMA VAN JENAZAH BARU

Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) merupakan salah satu penerima daripada 20 masjid dari seluruh negara yang disenaraikan. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, Menteri PDNKK dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Bank Rakyat pada hari Khamis 1 Nov 2012.   Tuan Hj Wan Chik dan Encik Ahamd Nawai menwakili MTCJ menerima sumbangan van tersebut.

MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH, MTCJ 1433H

Majlis Qurban dan Aqiqah, MTCJ 1433H telah berjaya dilaksanakan pada 11 Zulhijjah 1433H bersamaan 27 Oktober 2012. Sebanyak 13 ekor lembu dan seekor kambing telah diqurbankan. Manakala seekor lembu lagi sumbangan JAIS untuk dibuat jamuan makan petugas-petugas qurban. Masakan kulai kawah, goreng kicap dan Sup tulang telah disediakan oleh kumpulan dapur.Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dan selesai pembahagian pada jam 11.30 pagi.   Klip video   POTONG KUKU, RAMBUT ( Sumber ) Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-   من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي   Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksana...

ANAK PERMATA AYAH BONDA

Forum Keibubapaan "ANAK PERTAMA AYAH BONDA" di Masjid Taman Cheras Jaya pada 15 Julai 2012. Ahli Panel terdiri daripada : 1. Prof.Madya Dr. Harlina Haliza (PPUKM) 2. Dr. Alizi Alias (IIUM)  dan Moderator : Ally Iskandar - Personaliti TV3. Banyak pengajaran daripada forum ini ( akan update nanti )